MP SANDAKAN DERMA KERUSI RODA KEPADA WARGA EMAS ISMAIL MOHD RAWA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SYUKUR ALHAMDULILLAH.....Ismail berterima kasih kepada Wong atas pemberian kerusi roda semoga Allah saja yang membalas budi baik mereka

SUNGEI SIBUGA:-  Seorang warga emas Ismail Mohd Rawa  yang lumpuh sejak beberapa  tahun lalu dan tinggal bersama isterinya yang juga seorang warga emas telah mendapat bantuan sebuah kerusi roda daripada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong baru-baru ini.
Ismail walaupun tinggal di Kampung Pengiran Galpan Batu 7  Jalan Labuk diluar kawasan parlimen Sandakan khusnya kawasan Sungei Sibuga  tetapi sebagai insan dan juga wakil rakyat yang amat prihatian terhadap masalah yang dihadapi Ismail bertahun-tahun lamanya lumpuh  maka dengan adanya pemberian kerusi roda tersebut bolehlah memudahkan Ismail bergerak.
Wong Stephen Ahli Parlimen Sandakan ditemani Sdr. Frankie Poon Mantan Calon Tanjung Papat, Pegawai Khas Parlimen Sdr Derrick Yong, Sdr Abdul Basith@ Ubah Sim-Sim Pembantu Khas Mantan Tanjung Papat, Sdr Jasman Japar Setiausaha Pengelola PKR Cabang Sandakan n Comrades  bagi menyaksikan pemberian kerusi roda tersebut.
Ismail dan keluarganya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Wong kerana begitu prihatin terhadap nasib yang ditimpanya  selama ini tiada orang yang memperdulikan mereka. 
“Hanya Allah yang membalas budi baik YB Wong dan rombongannya kita telah nampak seorang wakil rakyat walaupun daripada pihak pembangkang namun beliau mengambil berat segala masalah yang dihadapi tidak kira apa  bangsa dan agama tetap mendapat bantuan inilah  wakil rakyat yang harus kita sokong  pada PRU 14 nanti” kata Isterinya.

Kita sokong wakil rakyat macam ini nanti pada PRU 14 nanti Isteri  Ismail


No comments:

Post a Comment