150 AHLI UMNO CAWANGAN KG AIR SERTAI PKR BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-   Pengerusi Parti KeAdilan Sabah (PKR) Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin menyeru ahli-ahli PKR diperingkat akar umbi agar sentiasa menyemai dan menjalinkan kerjasama yang erat demi menjamin keutuhan perjuangan parti PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya kerjasama yang sentiasa terjalin maka sudah tentu perjuangan PKR semakin kuat dan mantap lantas terus diterima oleh rakyat yang berbilang kaum dan untuk menentukan hala tuju parti yang sebenarnya untuk memastikan Pakatan Rakyat dapat memerintah Negara,

Lajim berucap ketika merasmikan kemasukan seramai 150 orang ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Air kelmarin  yang di langsungkan dikediaman Mustapha Talib Kampung Bokara  dekat sini.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu Haji Basri Ibrahim Ketua PKR Cabangan Batu Sapi.



No comments:

Post a Comment