DOKTOR DAN STAFF NURSE HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN SENTIASA MESRA DAN CERIA.....SHAIMON

OLEH: AZMIE  MOHD AZMAN



SANDAKAN:-  Perkhidmatan Hospital kerajaan  sekarang khususnya di daerah Sandakan semakin bertambah baik jika dibandingkan 20 tahun  lalu  di mana kebanyakannya juru rawat-juru rawat berkenaan sering mengasari kepada sebilangan pesakit bila mereka menyuruh sesuatu.

Gambar Hiasan Sahaja


Ini adalah disebabkan 20 tahun dulu di mana hospital kerajaan telah kekurangan juru rawat lantas pada masa yang sama juru rawat tadi jadi sibuk melayan pesakit yang mempunyai pelbagai karenah maka seseorang juru rawat jadi naik berang bila berdepan dengan pekerjaan yang terlalu sibuk.

 
Sekrang daripada doctor sister staff nursenya tidak sesibuk manapun walaupun saban hari berdepan dengan pesakit kerana bilangan doctor dan juru rawat semakin ramai bilangannya dengan secara langsung tugas telah di bahagikan masing-masing.

Demikian dinyatakan sendiri oleh mantan pesakit yang keluar masuk wad hospital iaitu Shaimon S Jumadi yang mendapat rawatan kakinya akibat digigit seekor kucing jantan seminggu hendak  menyambut hari lebaran lalu.

Di mana beliau  selama dua bulan di hospital Duchess of Kent Sandakan disitu beliau mengaku  bahawa daripada doctor sehingga juru rawatnya mempunyai perangai yang ramatamah  suka berbual dengan mana-mana pesakit inilah membuat pesakit bertambah senang hati.


Apapun tambah Shaimon  semoga sikap para doctor dan juru rawat di hospital-hospital kerajaan  sentiasa ceria dan kekal bersopan santun agar sentiasa disenangi  oleh para pesakit tidak kita bangsa,agama darjat agar mendapat layanan yang seksama.


No comments:

Post a Comment