IBUBAPA DISARAN SUPAYA MENITIKBERATKAN PELAJARAN ANAK-ANAK......JUSLIE

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TERIMA KASIH....... Juslie menerima cenderahati  darioada Guru Kemas Tabika Taman Murni


LIBARAN:-  Para ibubapa disarankan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak dengan secukupnya ini membolehkan bila mereka dewasa nanti menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa, agama dan juga tanah air.

Melentur  buluh biarlah dari rebungnya begitu juga mendidik anak-anak biarlah diperingkat para TABIKA ini memudahkan  menyungtik semangat dan minda mereka supaya rajin-rajin belajar.

Ahli Parlimeh Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol berkata  demikian ketika berucap di Majlis Mini Konvokesyen Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Kemas  Taman Murni dekat sini  hari ini.

Katanya sebagai ibubapa harus menggalakan kepada anak-anak mereka supaya menumpukan pelajaran walaupun diperingkat pra sekolah seperti TABIKA.

“Hanya orang saja yang mempunyai ilmu pendidikan akademik maka kehidupan masa depannya terjamin  tambahan lagi sekarang zaman IT  apa saja bidang yang hendak diceburi mesti mempunyai kelukusan akademik” katanya lagi.