LINDA SERAKAN BANTUAN ZINK- PAPAN LAPIS DAN TANGKI AIR UNTUK KG BUKIT NANAS


GAMBAR KELIHATAN......Linda (berpakaian putih, kiri) bersama pegawainya serta penduduk kampung ketika majlis penyerahan bantuan zink, papan lapis dan tangki air di Kampung Bukit Nanas

OLEH: S S JUMADI


BATU SAPI:  Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyampaikan bantuan bahan pembinaan kepada penduduk Kampung Bukit Nanas Bahagian Bukit untuk membolehkan mereka membaiki rumah mereka.

Linda telah menyerahkan bantuan berbentuk zink, papan lapis dan tangki air kepada 127 buah rumah di kampung berkenaan semasa program turun padang beliau baru-baru ini. 

Beliau berharap para penerima dapat menggunakan bahan-bahan yang diterima mereka dengan sebaiknya.

Ketika lawatan sempena program turun padang itu, Linda juga berkesempatan berjumpa dengan penduduk-penduduk untuk mendengar rintihan dan aduan berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Penduduk menzahirkan rasa terima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau dan usaha-usaha beliau mencari penyelesaian untuk permasalahan penduduk-penduduk di kawasan Batu Sapi.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.



No comments:

Post a Comment