UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 .......AHLI PARLIMEN SANDAKAN

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2015
OLEH PENGERUSI DAP KAWASAN SANDAKAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN P186 SANDAKAN
 YB STEPHEN WONG TIAN FATT


MELANGKAH ke tahun yang baru, kita berharap membuangkan yang buruk dan mengalu-alukan yang baru. Pada tahun lalu, negara kita mengalami pelbagai insiden yang tidak diingini, misalnya insiden MH370 dan MH17 yang menyedihkan, banjir yang terburuk sejak 70an di Pantai Timur Semenanjung, banjir terburuk sejak 90an di Penampang Sabah, kes-kes penculikan di Pantai Timur Sabah yang turut mengakibatkan kematian seorang pelancong Taiwan dan sebagainya.  Yang lebih malangnya, 4 hari sebelum tahun 2014 tamat.

Syarikat penerbangan negara kita berlaku tragedi penerbangan sekali lagi. Pesawat Airasia QZ8501 yang terbang dari Surabaya Indonesia ke Singapura, telah hilang komunikasi dengan menara kawalan pada 28 Disember, pukul 6.17 pagi, terdapat 162 orang di dalam pesawat tersebut, termasuk 155 penumpang dan 7 anak kapal. Menurut maklumat pencarian, pesawat tersebut telah jatuh di perairan laut di Belitung Timur, jasad penumpang dan barangan pesawat ditemui pada hari ketiga tragedi tersebut berlaku, menyedihkan semua orang.


Tragedi sebegini amat menyedihkan, namun bencana alam susah dielak. Yang mengobatkan hati ialah selepas tragedi MH370 dan MH17 berlaku, bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dan pemimpin-peminpin agama yang lain turut berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bersama-sama menyertai majlis doa selamat mengikut upacara agama masing-masing, tanpa mengira kaum dan agama, bersatu hati demi Malaysia.
Itu merupakan detik yang begitu mengharukan, sehingga kini saya masih ingat, dan bagi saya, ini adalah semangat 1 Malaysia, kepelbagaian dan toleransi antara kaum di Negara kita disanjungi oleh masyarakat antarabangsa, kita melangkaui batas agama dan kaum terhadap kasih sayang dan keamanan. Saya percaya, dengan memegang semangat dan konsep ini, Malaysia pasti akan menjadi kebanggaan dunia.


Tetapi, segala ini dapat dimusnahkan dengan cepat dan mudah. Kita dapat melihat kumpulan agama yang ekstrem seperti ISMA, menimbulkan perkara keagamaan yang ekstrem, perbuatan dan hujah mereka sama dengan pemikiran PERKASA, ini bukan sahaja menimbulkan topik sensitif, seperti tidak mengakui dan mengkritik sambutan Hari Natal,  Pesta Beer difitnah politik, dan kerajaan negeri Kelatan yang diperintah PAS pula melaksanakan hukum Hudud pada masa banjir yang serius.

Pemikiran sebegini semakin teruk, kita bukan sahaja mengalami kemerosotan dan percanggahan agama dan kaum, perasaan benci di antara Semenanjung dan Malaysia Timur semakin mendalam, UMS melarang sambutan Hari Natal, kegiatan “batu sumpah” yang dijalankan oleh DAP pula berlakunya insiden pergaduhan dan lain-lain. Selain itu, yang lagi membimbangkan ialah, semakin ramai orang Sabah semakin benci dengan Semenanjung, dan perkara ini dapat dilihat melalui Facebook, perasaan perkauman dan perasaan dendam mengancam keamanan Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada bila-bila masa.


Yang pasti ialah, keagamaan yang ekstrem boleh memecah-belahkan masyarakat, dan kaum yang ekstrem boleh menyebabkan masyarakat huru-hara. Tetapi kesalnya,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melaung kuat “1 Malaysia”, seolah-olah tidak berdaya untuk melakukan apa-apa terhadap kumpulan atau organisasi tersebut, malah setuju diam sahaja dan ini menggalakkan pemikiran ekstrem kian berkembang, ini mungkin akan menyebabkan masyarakat porak-peranda.


DAP menekankan kepentingan kepelbagaian dalam masyarakat, dan menegaskan nilai-nilai demokratik sosial, mengutamakan budaya, kaum, agama, berbilang kaum,  dan mempercayai sistem sekular menghormati perbezaan sesama lain,  berjanji untuk mewujudkan Malaysia yang kepelbagaian dan terbuka. Slogan kami pada kongres parti 2 tahun yang lalu “Kesederhanaan Malaysia”, menyaran masyarakat mengamalkan nilai kesederhanaan, menolak sifat ektremism.

Namun kini ektremism melanda, ini mungkin disebabkan hasil pengurusan UMNO dan BN, tetapi saya tetap yakin, sebagai rakyat Sabah dan Malaysia, kita percaya akan nilai kepelbagaian, kita tidak pernah mengakui ektremism, kita hendak melahirkan negara Malaysia yang majmuk dan murni.



Oleh itu, prospek 2015, kita tidak boleh duduk diam sahaja terhadap ektremism, tidak boleh membiarkan mereka memusnahkan negara kita, memecah-belahkan masyarakat kita,  kita harus mengamalkan nilai kesederhanaan dengan teguh, menolak ekstremism, bukan sahaja menolak ekstremism agama dan perkauman, malah menentang juga ektremism tempatan dan ektremism suku kaum.

Saya tetap percaya, seandainya kita yakin dengan tekuh, kita dapat mengharungi pelbagai cabaran dengan menggunakan kasih sayang dan toleransi, seperti insiden MH370 semua lapisan masyarakat melahirkan tenaga positif, kita boleh menggunakan tenaga positif ini untuk menentang ekstremism, bersama-sama mengubah negara ini, dan membina masa depan yang lebih baik. Diharapkan kita maju bersam-sama, melindungi tanahair yang tercinta ini.  




No comments:

Post a Comment