OLEH: SHAIMON S JUMADI
LIBARAN:- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Sandakan
menyelar pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang tidak mengambil sebarang
tindakan mengenai masalah yang terdapat di Gerai Tingkat 3 Pasar Batu 8 Jalan
Labuk.
Banyak
masalah yang dihadapi system peparitan tersumbat,penapis minyak rosak
ditinggalkan tidak diganti baru, saling bocor di sana-sini dan lantai menakung
air walaupun perkara ini sudah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak MPS namun
sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil

Menurut
Hiew, semasa hari hujan, siling bocor dan air menitis, menyebabkan lantai
bertakungan air, para peniaga membersihkan lantai tersebut supaya perniagaan
tidak terganggu. Apabila sistem perparitan tersumbat, para peniaga terpaksa
memakai kasut boot getah untuk berniaga, malah ada kalanya terpaksa berjalan
dan dikelilingi air kotor dan busuk, manakah
kakitangan MPS telah pergi?

Hiew
menggesa pihak MPS mengambil berat terhadap masalah ini, jangan hanya memberi
alasan bahawa MPS tiada peruntukkan.
Selanjutnya Hiew
juga mengkritik presiden MPS tidak berupaya untuk mengurus sebuah pasar yang
berada di bawah daerah pilihan raya Ketua Menteri, oleh itu patut meletak
jawatan dan memohon maaf, memberikan ruang kepada orang yang ada kesungguhan
untuk berkhidmat kepada rakyat, supaya keadaan Sandakan tidak bertambah teruk.

No comments:
Post a Comment