OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyelar tindakan kontraktor projek
pelebaran Jalan Batu 8 hingga 16 Jalan Labuk yang gagal diselenggarakan buat
sementara ini telah menyusahkan para pengguna jalan raya.
Dalam
pada itu Wong menggesa pihak kontraktor
mengambil agar tindakan untuk memperbaiki jalan tersebut dengan serta-merta,
pastikan kelancaran dan keselamatan jalan.
Wong
berkata, semasa menjalankan projek pelebaran jalan raya, kontraktor telah
berjanji untuk menyelenggara dan menyediakan jalan sementara yang rata.
Beliau
berasa amat kecewa kerana janji tersebut tidak ditepati, dan beliau tidak puas
hati dengan kedua-dua kontraktor yang tidak menyelenggara jalan tersebut sehingga
menimbulkan kemarahan pada pengguna
Wong
menerima banyak aduan daripada ramai pemandu yang menunjukkan bahawa pihak
kontraktor tidak menyelenggara jalan sementara, mengakibatkan jalan tersebut
berlubang-lubang, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan
keselamatan orang ramai, terutamanya kereta yang menggunakan jalan tersebut
pada waktu malam, mengalami kerosakan teruk.
Wong
berharap kontraktor berkenaan menunaikan janji, selain melaksanakan kerja-kerja
pelebaran jalan raya, penyelenggaraan jalan sementara juga merupakan
tanggungjawab mereka.
Selain
itu, setelah memantau ke tapak pembinaan jalan tersebut pada hari Isnin yang
lalu, Wong sangsi sama ada projek
tersebut dapat disiapkan pada bulan April 2015 seperti yang dijanji,
terutamanya ia melibatkan cuaca.
Walaubagaimanapun,
beliau berharap pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan
bersungguh-sungguh, supaya projek yang berkali-kali ditangguhkan tersebut dapat
disiapkan pada bulan April 2015, kerana
orang Sandakan dan penduduk di sekitar Jalan Labuk telah bertahun-tahun
menunggu.
Wong
juga berpendapat bahawa projek pelebaran jalan Batu 8 hingga 16 itu
berkali-kali ditangguhkan, dan bertahun-tahun tidak dapat disiapkan, kerajaan
BN harus memikul tanggungjawab yang terbesar, kerana kontraktor dilantik oleh
kerajaan BN, dan pemantauan juga dilakukan oleh kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment