OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Majlis Marhaban, Tahalil dan doa Selamat sempena menyambut Maudil Rasul SAW anjuran
Pergerakan Wanita UMNO Sandakan yang diadakan di Rumah Puteri Harapan Noraini
Sulong Taman Melanta walaupun disambut secara sedarhana tapi banyak membawa pengertian tentang hadis-hadis
nabi mengenai kisah hidup Nabi Junjung Besar Muhammed SAW.
Sebagai pengisian program
tersebut ialah bacaan Berzanzi, Ceramah Agama dan juga Tahalil.
Ketua Wanita Bahagian UMNO
Sandakan Noraini Sulong berkata Rumahnya yang telah diwakafkan sebagai Rumah
Puteri Harapan Noraini Sulong itu adalah untuk menempatkan anak-anak yatim
perempuan dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun.
Mereka tinggal dirumah itu
akan dibiayai sepenuhnya oleh Noraini Sulong seperti perongkosan persekolahan mereka,
makan,minum dan tinggal dirumah itu mereka akan mengikuti kelas bimbingan agama
seperti mengaji Al Quran dan diajar solat.
“Kita sebagai insan jangan
lupa kepada anak-anak yatim yang sememangnya mereka perlukan bantuan dan kasih
sayang yang sepenuhnya” kata Noraini.
No comments:
Post a Comment