MPS MINTA KELUARKAN SAMAN PADA PEMANDU LORI YANG BIADAP LETAK LORI-LORI TENGAH JALAN

OLEH: AZMI AZMAN

KARAMUNTING:- Kebiadapan  dan kurang ajar  kedua pemandu lori yang  meletakan lori-lori mereka ditengan-tengah jalan itu  telah menimbulkan kemarahan dan kontraversi di kalangan penduduk di Flat MPS Karamunting.

Beberapa  orang penduduk Flat berkenaan yang membuat aduan kepada Wartawan The Sabah Insider.net  menjelaskan perkara   ini sudah lama walaupun berkali-kali telah diberitahu terhadap pemandu lori tersebut agar tidak meletakan lori-lori  mereka di tengah-tengah jalan kerana menghadang jalan dan namun mereka enggan mendengar segala nasihat.

“Kalau ikutkan  hati saya mahu saja upah samseng untuk membakar kedua-dua lori itu mereka mereka serik, tapi saya masih waras lagi” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.

Para penduduk mendesak kepada pihak Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat Karamunting agar melaporkan perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menyaman  pemandu-pemandu lori yang degil meletakan lori-lori sembarangan saja.


“Kami  cadangkan kepada pihak Penguatkuasa MPS kalau memberikan kompaun keatas pemandu-pemandu lori berkenaan jangan alang-alang bagi saman antara RM500.00 hingga RM1,400.00 ini buat mengajaran sama mereka dan yang lain-lainnya  agar mereka tidak terikut-rikut perangai buruk itu macam mereka berdua yang suka menyusahkan orang lain” kata penduduk.

1 comment:

  1. BAKAR SAJA LORI-LORI ITU YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN BIAR MEREKA PUTIH MATA

    ReplyDelete