OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata tapak penggalian tanah yang
berhampiran dengan jalan pintas di antara Taman Sibuga dan Taman Mawar
menimbulkan pelbagai masalah hakisan tanah.
Disebabkan
hakisan tanah parit dan longkang jadi tersumbat, mengakibatkan banjir lumpur
mengalir ke jalan raya dan rumah teres setingkat yang berdekatan apabila hujan
lebat, menyebabkan penduduk tempatan menghadapi masalah banjir kilat.
Wong menerima aduan daripada penduduk
setempat bergegas pergi untuk meninjau kelokasi
dimana tempat banjir berlaku bersama-sama Pegawai Khasnya Amsi Liew dan
mendapati sendiri bahawa masalah itu memang serius dan perlu diatas segera untuk mengelakan
perkara buruk berlaku.
Dalam
pada itu beliau kemudian telah
menghubungi Jabatan Alam Sekitar mengenai masalah tersebut.
Menurut
aduan penduduk yang terlibat, sebelum
projek penggalian tanah tersebut bermula, dan sebelum parit di tepi jalan raya
tersumbat, kawasan tersebut tiada masalah banjir lumpur walaupun hujan lebat.
Penduduk
mengadu bahawa, sejak projek penggalian tanah bermula, pasir dan habuk
berterbangan di kawasan perumahan semasa hari cerah, sehingga menutup tingkap
dan pintu pun tidak berguna, dan meyebabkan penduduk tidak dapat memasak. Kini musim hujan, parit yang tersumbat
menyebabkan air dan lumpur mengalir ke arah rumah dari seberang jalan,
membanjiri rumah dan meninggalkan lumpur di kawasan rumah selepas banjir surut,
teruk menjejaskan kebersihan kawasan sekitar.
Wong
mengambil berat terhadap masalah tersebut, dan menyeru pihak projek penggalian
tanah mengambil tindakan untuk memastikan kelancaran sistem perparitan, dan
mengelakkan masalah lumpur membanjiri rumah berulang.
Wong
berkata, projek penggalian tanah untuk pembangunan adalah baik, tetapi semasa
menjalankan projek, pihak berkenaan seharusnya menjaga kebersihan dan alam
sekitar kawasan perumahan berdekatan, jangan hanya mengutamakan kepentingan diri
sahaja.
Wong menambah kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususunya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyenggelarakan saliran parit mahupun longkang yang tersumbat oleh hakisan atau sampah sarap adalah punca dan penyebab utama beberapa kawasan mudah dilanda banjir kilat kalau hujan lebat tak henti dalam seharian.
No comments:
Post a Comment