OLEH: AZMI AZMAN
Keterangan gambar
Linda (3 kiri, barisan depan) serta
pegawainya ketika menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Kampung
Gas
BATU SAPI:- Seramai 273 orang dari 46 buah
keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Gas, Batu Sapi
penghujung bulan lepas, telah menerima bantuan kewangan dari Ahli Parlimen Batu
Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.
Linda telah meyempurnakan penyerahkan
bantuan tersebut semasa beliau melawat mangsa-mangsa di pusat penempatan
sementara yang bertempat di Kampung Gas Baru pada hari Sabtu.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai
Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou dan pemimpin setempat.
Beliau berharap bantuan kewangan ini
serba sedikit dapat meringankan beban mangsa-mangsa terbabit.
Linga juga menyampaikan peralatan untuk
membolehkan mangsa-mangsa menjalankan gotong royong membersihkan tapak
kebakaran.
Beliau mengarahkan pegawai beliau
membantu mangsa mendapatkan kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Sandakan
untuk mendirikan semula rumah mereka di lokasi itu dalam tempoh yang
terdekat.
Sebanyak 17 buah rumah telah musnah
dijilat api dalam kebakaran di perkampungan itu pada pagi 27 Disember lepas.
Tiada laporan kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu, Linda turut menyampaikan
bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pisang, pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment