OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:
Penduduk yang menetap di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihati
supaya sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan banjir.
“Cuaca
mendung dan hujan yang turun tidak henti-henti telah mengakibatkan banjir di
beberapa kawasan di negeri ini. Jika ia berlarutan, kemungkinan banjir akan
melanda kawasan-kawasan yang lain,” Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan
dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata kepada media di sini
kelmarin.
Maka saya
menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai agar
mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan banjir pada musim
tengkujuh ini, tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
kawasan Gum Gum.
“Para
penduduk harus bersedia dengan apa-apa kemungkinan terutama apabila hujan turun
berterusan dan ditambah faktor air pasang kebiasaannya menjurus kepada fenomena
banjir. Mereka perlu ambil perhatian kepada perkara ini dan apa yang
terbaik adalah untuk semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga,” kata Zakaria.
Zakaria
meminta penduduk kerap mendengar laporan kaji cuaca terkini melalui radio serta
akhbar-akhbar dan bersedia untuk berpindah jikalau diarah oleh pihak berkuasa
apabila berlaku banjir di tempat-tempat mereka.
Menurut
Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah jumlah mangsa yang
ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah dua hari lepas meningkat
kepada 910 orang berbanding dengan 615 orang hari Jumaat.
Kawasan-kawasan
yang terlibat ialah Kota Belud (810 orang), Kota Marudu (82) dan Pitas (18).
No comments:
Post a Comment