OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Penduduk
Kampung Gas yang telah ditimpa musibbah
seperti kebakaran baru-baru ini mereka tidak terpingir lantas
mendapat pelbagai bantuan yang disalurkan
oleh kerajaan BN.
Ini memang sudah menjadi
tanggungjawab kepada Kerajaan dan Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat
semasa pilihanraya umum (PRU 13) lalu terus memainkan peranan dalam memberi bantuan
kepada setiap penduduk dalam pelbagai aspek terutama sekali mereka yang ditimpa
musibbah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian dalam ucapannya di majlis Penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah-Sandakan kepada para mangsa kebakaran Kampung Gas kelmarin.
Katanya lagi dengan adanya
bantuan tersebut yang disalurkan oleh Pusat Zakat Sabah-Sandakan akan
meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para mangsa terbabit,
Beliau yang juga Ketua
Bahgian UMNO Batu Sapi sentiasa menitikberatkan dalam menjaga kebajikan
penduduk-penduduk di kawasan Batu Sapi
tanpa mengira idologi fahaman politik mereka tetap dipelihara.
Dalam pada itu Samsudin berkesempatan pergi mengziarahi kerumah keluarga Yussup Hassan yang telah kembali kerahmatullah di Kampung Bokara dan kerumah keluarga Musin Aliman yang juga telah kembali kerahmatullah di Kampung Batu Sapi Laut pada hari yang sama.
Dengan itu beliau berharap pemergian orang yang disayang harap bersabar semuanya takdir Allah yang menentukan segala-galanya semoga kedua-dua arwah rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman marilah kita sedekahkan Al-Fatihah...Amin
“
No comments:
Post a Comment