OLEH:
SHAIMON S JUMADI
GUM-GUM:-
Banjir kilat yang melanda Kampung Gum-Gum baru-baru ini akibat hujan yang berpanjangan tiga hari berturut-turut itu kesan daripada bekas banjir
itu banyak merosakan beberapa kemudahan
di kampung tersebut,
Antaranya
kemudahan yang turut rosak ialah jalan utama masuk ke Kampung tersebut jambatan
kayu dan beberapa buah rumah dipingir
sungai termasuk tiang elektrik.
Ketua
Cabang Parti KeADILan Rakyat Kasawan Libaran Jeffry William yang membuat
lawatan bersama Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong termasuk Pegawai Khas Ahli
Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahil
sempat meninjau di beberapa tempat yang pernah dilanda banjir kilat.
Wong
berkata walaupun Kampung Gum-Gum bukan di bawah kawasan Parlimen Sandakan
sebaliknya ia dibawah kawasan Parlimen Libaran namun sebagai seorang wakil
rakyat beliau turut simpati kepada penduduk-penduduk pernah dilanda banjir itu.
Apapun
Wong akan membatu menyuarakan hal-hal
yang berkaitan dengan beberapa kemudahan yang rosak akibat banjir itu kepada
pihak yang berkenaan.
Para
penduduk Kampung Gum-Gum yang lainnya mengucapkan ribuan terima kasih atas
lawatan kedua-dua pemimpin itu walaupun mereka dipihak parti pembangkang tetapi masih mahu mengambil berat
dan diprihatin kepada penduduk-penduduk yang pernah menjadi mangsa banjir kilat
itu.
No comments:
Post a Comment