OLEH:
SHAIMON S JUMADI
Ini semuanya berpunca
kurangnya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya pihak Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Tali Air Dan Saliran yang telah gagal dalam melaksanakan
tugas-tugas penyenggelaraan parit-parit mahupun
longkang-longkang yang lama sudah tersumbat oleh hakisan tanah dan juga
sampah sarap yang terlonggok sekian lama didalam saliran parit dan longkang
berkenaan dibiarkan begitu saja.
Kalaulah longkang-longkang
dan parit-parit yang telah tersumbat oleh hakisan tadi sebelum hujan semasa
cuaca baik dibersihkan mungkin tidak berlakunya banyak kilat bercampur
lumpur yang mengendelami deretan kedai
dan kawasan perumahan termasuk juga jalan-jalan raya.
Ini semuanya adalah
disebabkan kelalaian, kecuaian
dan tidak bertanggungjawab sama sekali pihak berkuasa tempatan menangani
masalah-masalah rakyat seperti masalah banjir, masalah tanah runtuh
mereka anggap perkara remeh dan enteng saja. mampus-mampuslah apa kita orang
peduli bukan ada keluarga ku juga yang
bakal ditimpa bala itu saja pemikiran yang ada kepala otak mereka.
Tempat-tempat yang telah
dilanda banjir kilat antaranya pekan BDC, Jalan Kampung Sim-Sim, Jalan
Karamunting, Jalan Bandar Litat Jalan Batu 10 Bulatan dan Jalan Batu 16,
banyak kenderaan telah tersadai disitu.
No comments:
Post a Comment