OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Untuk membantu
kepada masyarakat yang ditimpa musibbah seperti bencana alam dan kebakaran
tidak semestinya diletakkan dibahu pihak
kerajaan semata-mata dipihak parti pembangkangpun yang mempunyai sokongan, mempunyai pengundi
wajar juga memberi bantuan seumpama itu kepada mana-mana masyarakat yang
ditimpa musibbah dan yang memerlukan bantuan.
Begitu juga tidakan
yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS bahagian Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah
telah memberikan bantuan berupa barang-barang keperluan kepada 18 keluarga
mangsa kebakaran di Kampung Gas dalam kawasan n Batu Sapi kelmarin.
Kata Hj Hamzah tujuan
memberikan bantuan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang
ditanggung oleh para mangsa berkenaan.
“Ini sudah menjadi
kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun dipihak
pembangkang kita tidak terlalu mengharapkan sangat bantuan daripada pihak
kerajaan apa yang terdaya dan yang termampu kita boleh lakukan kita buat yang
terbaik untuk kesenangan rakyat.” Ujarnya.
Hj Hambah berasa kesal dengan sikap pihak kerajaan
kerana tiada tindakan drastic untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran didua
kampung Gas dan Kampung Pisang yang sememangnya mereka menunggu bantuan
tersebut.
No comments:
Post a Comment