DARI KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com
KEDUA-dua
projek pelebaran jalan antara Jalan Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke
Batu 16 Jalan Labuk Sandakan seboleh-bolehnya harus segera dipercepatkan siap
sepenuhnya.
Memandangkan kedua-dua jualan yang dimaksudkan itu adalah
merupa jalan dan laluan utama kepada pemandu yang berulang alik dari satu tempat ketempat lain.
Kegagalan pihak contractor menyiapkan
kedua-dua projek pelebaran jalan-jalan itu dekat empat tahun ini ia menjurus kepada menimbulkan pelbagai
masalah kepada setiap pennguna setiap
hari.
Contohnya jalan Segaliud-Bukit Garam sejauh hampir 10
batu itu yang penuh grable ia bukan
sekadar membahayakan kepada para pemandu bahkan juga boleh merosakan
kereta-kereta kecil yang hari-hari lalu di jalan itu.
Seperti projek pelebaran
Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jaloan Labuk ia
bermula pada tahun 2011 lagi pihak kontraktor berkali-kali menjanjikan kepada
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa
projek itu akan siap sepenuhnya pada
hujung bulan Disember 2013 tetapi tergendala asalan yang diberikan punca tiang
elektrk dan cable telekom.
Sedangkan pihak kerajaan
telah membayar kos untuk pencabutan tiang elektrik dan tiang cable telefom
pihak SESB menerima pembayaran RM6 juta dan pihak Telekom RM5 juta dalam masa yang sama semua tiang-tiang elektrik dan tiang-tiang cable telekom yang
didakwa menggangu kerja-kerja projek pelebaran jalan itu dan punca kelewatan
penyiapan sepenuhnya kini tiang-tiang
tersebut sudahpun habis dicabut semuanya.
Pihak JKR kemudian
melanjutkan tempoh semula jadual sehingga hujung Disember 2014 bahawa projek
itu mesti disiapkan sepenuhnya namum gagal lagi dilanjutkan lagi jadual untuk
menyiapkan projek pada awal April 2015, hanya tinggal 3 bulan sahaja boleh kah
siap sepenuhnya.
Ramai orang berpendapat dan
memberi pandangan masing-masing mengenai
kelewatan projek pelebaran antara Jalan Segaliud-Bukit Garam Jalan Batu 8 Ke
Batu 16 Jalan Labuk mereka menyalahi pihak kerajaan khususnya JKR kerana
terlalu berlembut dengan pihak-pihak kontraktor yang dilantik oleh kerajaan yang
telah gagal berkali-kali dalam melaksanakan kedua-dua projek tersebut.
Dalam perkara ini
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tidak boleh berdiam diri
harus masuk campuran dan membuat penyiasatan terperinci kenapa ia boleh berlaku, ini tentu pihak JKR dan
pihak Kontraktor kapset atau ada unsur-unsur rasuah di kalangan mereka.
Sepatutnya kalau kontraktor
A yang telah gagal menyiapkan projek tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan
mereka harus disingkir ganti kontraktor dengan baru untuk menyambung semula
kerja-kerja pelaksanaan projek berikutnya
dan bukannya membiarkan kontraktor A yang gagal berkali-kali masih
meneruskan projek tersebut ini yang menyangsikan kepada rakyat jelas pihak JKR
telah menerima sogokan daripada
kontraktor A tadi.
Diharap pihak Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengikuti perkembangan cerita mengenai
masalah projek Jalan Raya di kedua-dua tempat ini akan mengambil tindakan dan
menjalankan penyiasatan terperinci cari dimana punca-punca sebenar kelemahan
yang belaku terhadap projek ini agar para pengguna jalan setempat berpuasa hati
dan tidak menimbulkan sebarang kesangsian dan keraguan deapat penyelewengan ini.
Kelewatan menyiapkan kedua-dua projek itu inilah punca sebenar
sering kali berlakunya kemalangan jalanraya yang benyak mengorbang nyawa
orang-orang yang tersayang mati kojol diatas kedua-dua jalanraya tersebut.
Boleh dikatakan dalam 1,000 orang Sandakan
kebanyakannya mati 70 peratus adalah atas sebab kemalangan jalan raya
Segaliud-Bukit Garam dan Jalan Batu 8 ke Batru 16 Jalan Labuk selebihnya mereka
mati akibat sakit.
Dalam erti kata lain kelewatan projek penyiapan Jalan
Segaliud-Bukit Garam Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk jelas kedua-dua jalan ini adalah penyumbang
besar dalam kemalangan jalan raya setiap hari setiap masa dan setiap waktu.
Makanya para pemandu yang
melalui kedua-dua jalan itu harus sentiasa berwaspada dan berehati-hati ketika
memandu diatas jalan raya di kedua-dua tempat ini sebabnya silap langkah silap
hari bulan silap waktu anda pastinya
menjadi korban nahas jalan raya dalam
sekelip mata sahaja bakal meninggalkan orang-orang yang tercinta pergi
selama-lamanya
Tengok saja orang Sandakan
semakin hari semakin hampir pupus 70 peratus mereka mati diatas jalan raya,
bayangkan kalau kemalangan dalam sehari hingga10 orang terkorban dalam 30 hari
sudah berapa jumlahnya kalau setahun.
No comments:
Post a Comment