OLEH: AZMI AZMAN
GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menasihati
masyarakat khususnya penduduk di pesisir pantai supaya tidak mudah
mempercayai berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai.
Mengambil
contoh , Zakaria berkata khabar angin sekumpulan pengganas dari Selatan
Filipina telah mencerobohi perairan kita dan mendarat di Kampung Luboh , dalam
Mukim Rancangan Sungai Manila bulan Disember lepas, telah mencetuskan ketakutan
kepada orang ramai.
Justeru
itu, Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,
mengingatkan masyarakat supaya sentiasa merujuk kepada pihak keselamatan atau
ESSCOM apa juga berita yang tersebar untuk mengetahui kesahihannya.
“Masyarakat
perlu terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan ESSCOM dengan memberikan
maklumat yang benar agar sebarang ancaman dapat ditangani dengan segera. Mereka
juga perlu yakin dengan jaminan pihak keselamatan dalam menjaga kedaulatan dan
keselamatan daripada sebarangan ancaman serta pencerobohan,” tambah Zakaria.
Beliau
turut mengingatkan pemimpin-pemimpin masyarakat agar tidak melindungi sebarang
kegiatan jenayah atau Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan masing-masing.
Katanya
lagi, pihaknya tidak akan berkompromi jika didapati terdapat pemimpin berbuat
demikian memandangkan perbuatan itu cuba menggugat keamanan dan ketenteraman
awam.
“Sebaliknya
mereka perlu melaporkan kepada pihak keselamatan atau ESSCOM mengenai perkara
itu,” kata Zakaria.
Kita
yakin dengan adanya ESSCOM maka isu keselamatan sudah tentu terjamin dan rakyat
bebas untuk menjalankan aktiviti harian seperti sedia kala., katanya lagi.
“Pihak
agensi keselamatan mampu untuk mengawal keadaan jika berlaku apa jua
kemungkinan," katanya.
Zakaria
menyambut baik dan puji dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan oleh ESSCOM
dalam penganjuran program seperti yang telah diadakan di sini hari Rabu lepas.
Beliau
percaya ia akan menjadi landasan kepada rakyat dan pihak penguatkuasa
keselamatan dalam menangani sebarang kemusykilan dan jenayah di kawasan
perairan di Pantai Timur Sabah.
Zakaria
berkata demikian di sini kelmarin ketika diminta mengulas mengenai penganjuran
Majlis Pertemuan ESSCOM bersama Masyarakat Mukim Rancangan Sungai Manila di
Dewan Penyayang Taman Cahaya Kampung Muhibbah.
No comments:
Post a Comment