OLEH:
SHAIMON S JUMADI
BATU
SAPI:- Melibatkan
diri dalam pelbagai jenis arena sukan sememangnya
digalakan kaum belia untuk menyertai satu-satu jenis sukan yang digemari.
Dengan itu pihak kerajaan
melalui Kementerian Belia dan Sukan
banyak membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membena gelanggan-gelanggan dan
termasuk komplek sukan disatu-satu kawasan daerah.
Dalam penglibatan kaum belia
ke
arena suka ianya bukan sekadar untuk menyihatkantubuh badan, rohani dan
mental ia juga sekaligus untuk mengindari para belie terjebak daripada melakukan perkara-perkara negatif
seperti terlibat dalam pengambilan dadah.
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi yang juga ADUN Sekong Datuk Haji
Samsudin Yahya berkata demikian ketika menyempurnakan Kejohanan Bola
Tampar anjuran Pergerakan Pemuda Bahagan
UMNO Batu Sapi di Dewan Masyarakat Batu
8 Jalan Labuk Kelmarin.
Penglibatan para belia ke arena
sukan selain bertujuan untuk mencongkel bakat-bakat baru untuk mempertabatkan sukan bola tampar dipersada tanah air ia juga menjurus membetuk
perpaduan yang erat di kalangan para belia majmuk.
“Saya harap kejohanan sukan
bola tampar yang dianjurkan oleg Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi
tidak hanya sampai disini sahaja namun sebaliknya ia dijadikan satu acara
kesukanan tahunan untuk menerap nilai-nilai murni dan semangat jati diri generasi muda dalam
membetuk budaya sihat” katanya.
No comments:
Post a Comment