OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO
Sandakan Noraini Sulong dalam ucapannya disidang Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
UMNO Bahagian Sandakan pagi tadi antara menjelaskan Wanita UMNO sebagai tulang
belakang akan tetap dan sentiasa berdiri teguh dibelakang Bahagian UMNO
Sandakan.
Katanya Wanita UMNO akan membantu apa saja
demi mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNO diperingkat Bahagian hingga ke
akar umbi.
“Maka dengan itu demi mempertabatkan dan mengukuhkan
perjuangan UMNO Bahgian lantas Wanita sebagai sayap kiri dan merupakan tulang
dan tunjang perjuangan UMNO makanya Wanita UMNO memperbanyakan mengadakan
aktiviti-aktiviti kemasyarakat dalam beberapa aspek” katanya.
NORAINI BERUCAP....Wanita UMNO Sandakan sentiasa berdiri teguh dibelakang UMNO Bahgian
“Saya beterima kasih kepada pucuk
pimpinan Bahagian dan serta ahli-ahli
UMNO yang lain sama ada diperingkat cawangan Pemuda, Putri dan cawangan-cawangan
Wanita telah memberikan kerjasama yang jitu kepada wanita UMNO Sandakan dalam
membatu apa jua program yang dijalankan” ujarnya.
Katanya kerjasama yang erat dikalangan
ahli-ahli UMNO Sandakan sememangnya diperlukan demi menjamin keutuhan
perjuangan UMNO Sandakan untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa
mahu menggugat kestabilan politik di setiap masa dan waktu.
No comments:
Post a Comment