DARI KACAMATA AJAIB
SHAIMON S JUMADI
HADIR...Ahli-Ahli Parti komponen BN yang hadir pada
majlis tersebut Lily Chung LDP, Lu Kim Mee dan Lin Oi Mee dari Gerakan
WAJAH AYU....Saleena kelihatan yang paling ayu didalam majlis ini
MAJLIS Mesra Ria Diambang 2015 anjuran gambungan antara Pergerakan Wanita UMNO Sandakan, MPWK, PAWANI,JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang dilangsungkan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini kelmarin ia jelas menjurus untuk menyatupadukan antara ahli-ahli parti komponen BN.
Program yang berunsurkan
ceramah dan taklimat mengenai satu-satu fungsi dan peranan badan- badan NGO itu banyak membawa menfaat kepada ahli-ahli
komponen BN yang hadir pada majlis itu.
Ini dijelaskan sendiri oleh Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat
Saleen Titi (gambar) ketika diminta pandangannya mengenai program Majlis Mesra
Ria itu.
Katanya lagi taklimat yang
disampaikan oleh Pengerusi JUWITA P186 Hajah Dayang Siti Pulau mengenai peranan
dan fungsi JUWITA cukup jelas untuk membantu para ibu-ibu tunggal sama ada bercerai
akibat kematian suami ataupun cerai hidup ditinggalkan suami.
“Saya amat tertarik
kenyataan Hajah Dayang Siti mengenai beberapa orang balu atau ibu tunggal yang
malu mengaku dirinya sebagai ibu tunggal ini yang menjadi tanda tanya kenapa harus
malu kalau mengaku sebagai ibu tunggal (Balu/janda) kalau ini memang realitinya
kita harus menerima hakikatnya yang sebenarnya, disebabkan tidak mahu mengaku dirinya ibu tunggal maka
mereka telah hilang segala-galanya bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi
kerajaan untuk menyara dan membesarkan anak-anak mereka siapa yang rugi” ujar Saleena
“Selain itu saya juga
tertarik dengan kenyetaan Ketua Wanita UMNO Puan Noraini Sulong tentang peranan
PAWANI yang terang-terang memberi peluang kepada semua pengerusi-pengerusi
Cawangan UMNO Ketua-Ketua Cawangan parti-parti komponen BN antaranya
PBS,UPKO,PBRS, MIC,MCA, Gerakan dan LDP setiap program yang dijalankan oleh
cawangan-cawangan berkenaan telah disediakan perutukan sebanyak RM2,000.00 untuk empat
aktiviti dalam sebulan” katanya lagi
Tambahnya lagi “Saya sebagai
Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat memang menyambut baik dan memberikan
sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan Noraini Sulong dalam
menaruji kepimpinan di empat-empat badan ini.
“Saya selaku ketua kumpulan
Salam Bersatu yang mempunyai ramai ahli akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengadakan pelbagai aktiviti disepanjang tahun 2015 ini” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment