OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tanjung Papat Saleena Titi (gambar) menyifatkan perbuatan beberapa wanita Melayu
berpakaian sopan berhijab yang memegang beberapa seekor anjing sebagai
menghina dan menpersenda-sendakan agama Islam.
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) tidak harus tunduk terhadap perbuatan
wanita-wanita yang bergelar muslimah itu yang terlibat kempen memegang anjing dan
wajar diambil tindakan mengikut undang-undang Islam seperti yang termaktub.
Berikut saya huraikan tentang hukum menyentuh anjing yang dipetik
daripada sebuah hadis
01. Memang wujud
khilaf di kalangan ulama mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah
atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh
anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib
Syarbini), selain mazhab syafie menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini
berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram sengaja menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
Hukum membela anjing

2. Namun tiada
khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar
muttaqaddimin dan dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk
membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita
peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang
dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]
"Barang siapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya,

Jibril tidak
datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu
sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi
melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat
tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah
menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu.
Setelah anjing itu
keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan
datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang
berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke
dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HARUS atas 5 sebab di atas sahaja
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku.

Anjing tetap haiwan
yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah.
Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang
memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum
kepada anjing itu
“Memang menghairankan dan agak janggal juga kerana sebelum dan selama ini di negara Malaysia belum pernah ada
orang Islam menganjur kempen pegang
anjing inilah pertama kalinya baru
pesertanya 90 peratus masyarakat Islam kebanyakannya wanita dengan berpakaian
sopan berhijab.
Saya memohon kepada masyarakat Islam di Sabah agar tidak akan terikut-ikut seperti segelintir
masyarakat Islam di Semenanjung menganjur
pegang anjing yang melibatkan kaum wanita” tegasnya.
No comments:
Post a Comment