PENGAGIHAN BAJET 2015 UNTUK PEMBANGUNAN SABAH TIDAK ADIL.......KATA MP SANDAKAN

Ucapan Perbahasan oleh
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:


SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong turut mengusul mengenai  bajet 2015  untuk pembangunan  di negeri Sabah berikut teks  Ucapan Perbahasannya  yang disampaikan pada  sidang parlimen mbaru-baru ini
 

Tuan yang dipertua,

1. Terima Kasih kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas belanjawan tahun 2015.

2. Dari keseluruhan pembelanjaan bajet sebanyak 273.9 billion itu, Saya ingin tahu berapakah peruntukkan telah diberi kepada Sabah? Kerana melihat bajet tersebut, selain daripada projek Pan Borneo, saya tidak nampak apa apa Infrastruktur telah dibina di Sabah khususnya Sandakan.

3. Dan projek Pan Borneo itu adalah berita lama. Ini mungkin helah kerajaan, usahlah main wayang kulit dan mengelirukan rakyat Sabah.

Daripada tujuh infrastruktur besar yang dicadang oleh YAB Perdana Menteri itu yang bernilai melebihi 50 billion, tiada satu terdapat di Sabah dan juga Sandakan, khususnya projek Jalan Bypass Libaran.
 
Projek ini yang sepanjang 25km dengan anggaran kos 370 juta telah dijanji berkali-kali sejak rancangan Malaysia ke-8, sampai hari ini sudahlah rancangan Malaysia ke-10 hampir habis, pun belum dimulai.


Pada sesi parlimen pada jun 2013, Menteri Kerja Raya telah mengatakan bahawa projek ini akan dilaksanakan dengan empat fasa, dan tender kepada fasa pertama yang sepanjang 7km dengan anggaran kos 79 juta sepatutnya akan dibuka pada September 2013, sampai hari ini pun langsung tidak nampak apa-apa perkembangan.

Bilakah kerajaan akan betul-betul mengambil berat kesejahteraan rakyat Sandakan supaya memulakan projek ini? 

4. Daripada pembelanjaan pembangunan sebanyak 50.5 billion, mengikut pengiraan saya menurut bajet yang ada sebut peruntukkan yang diberi kepada Sabah, lebih kurang 3.6 billion ataupun 7 peratus diberi untuk pembangunan Sabah. Saya ingin tahu sebenarnya berapa peruntukkan telah diberi kepada Sabah.

5. Tuan yang dipertua, Sabah merupakan negeri yang paling miskin di Malaysia. Tetapi hanya diberi peruntukkan yang jauh lebih rendah berbanding dengan semenanjung.Jangan lupa bahawa Sabah adalah rakan kongsi dalam persekutuan Malaysia dan dijanji diberi pembangunan yang selaras dengan Semenanjung tetapi saya lihat dengan bajet ini. 

Pembangunan sabah tidak akan dilaras dengan tahap Semenanjung.Walaubagaimanapun, saya memang setuju bahawa peruntukkan kepada ESSCOM telah ditambah dari 75 juta hingga 660 juta. Ini merupakan inisiatif yang baik.Namun begitu, saya turut harap peruntukkan pembangunan boleh ditambah juga kepada Sabah.

6. Saya mendapati ada peruntukkan sebanyak 160 juta telah disedia untuk tujuan pembasmian miskin di Seluruh Malaysia, saya ingin tahu apakah program akan dijalankan supaya kemiskinan di Sabah akan dibasmikan. Berapakah peratus peruntukkan itu akandiberi kepada Sabah.

7. Tuan yang dipertua, rakyat Sabah semakin berasa tidak gembira ke atas bajet yang dianggap tidak adil dan tidak samarata kepada Sabah. Ini telah mewujudkan perasaan benci dan sentimen yang berpecah di masyarakat Tempatan.

8. Saya berpendapat bahawa kerajaan haruslah mendengarkan dan meneliti perasaan atau sentimen tersebut, dan bukan menekankan perasaan itu dengan akta hasutan. Saya bercadang bahawa kerajaan harus memberi perhatian yang lebih banyak kepada Sabah dengan memberikan peruntukkan lebih tinggi untuk membangunkan Sabah.


9. Selama ini, kerajaan telah gagal memelihara perasaan kita di Sabah. Masalah-masalah yang kita hadapi telah dilupakan atau dipinggirkan oleh kerajaan, janji-janji untuk mengatasi masalah tersebut tidak pernah dikotakan dan ditunaikan.



Sekian dan terima kasih
Yang Dipertua



No comments:

Post a Comment