OLEH:
SALEENATITI
FOTO:
SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Atas dasar simpati dan prihatin Ketua
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tang Papat Puan Shirley Chien terhadap
seorang ahli Bahagiannya yang ditimpa
bencana di mana rumahnya habis musnah
dalam tragegi kebakaran di Kampung
Karamunting baru-baru ini telah menerima bantuan berupa barangan elektrik dan dapur gas daripada
Chirley Chein petang tadi.
Mangsa
yang dikenali Apek bin Asnukoi yang
menyandang jawatan Penolong Bendahari Bahagian parti itu telah menerima
sumbangan tersebut daripada Shirley Chien disaksi sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian PBS
Tanjung Papat Saleena Titi dan Setiausaha Bahagian PBS Hj Adanan Yahya.
Shirley
yang ditemui oleh Krew The Sabah Insider.Net
antara lain menjelaskan tujuan untuk memberikan sumbangan tersebut
adalah sebahagian tanggungjawab kita sebagai pemimpin politik kanan khususnya parti PBS untuk menghulurkan apa
saja bantuan kepada ahli-ahlinya yang
ditimpa musibbah tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama untuk meringankan
beban mereka.
“Ini
juga sebahagian menyahut seruan kerajaan BN agar para pemimpin kanan mana-mana
parti komponen BN khususnya PBS agar sentiasa menghulurkan bantuan kepada
ahli-ahli yang memerlukan” ujarnya.
No comments:
Post a Comment