OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Sambutan Hari
Keluarga 2014 yang bakal diadakan di sebuah hotel disini nanti anjuran Majlis
Pembangunan Wanita dan Keluarg (MPWK) P186 Sandakan pada 11hb Oktober ini ia
banyak membawa makna yang sebenar.
Syabas diucapkan kepada
Pengerusi MPWK P.186 Sandakan Puan Noraini Sulong yang begitu prihatin dan mempunyai daya
inisiatif menganjurkan sambutan hari keluarga yang banyak membawa erti sebenar
dalam kehidupan kekeluargaan bagi menceriakan suasana keluarga masing-masing.
Katanya pemilihan Noraini
Sulong sebagai Pengerusi Majlis
Pembangnan Wanita dan Keluarga (MPWK) bagi kawasan parlimen Sandakan memang
tepat sekali dan bersesuaian kerana
Noraini adalah seorang Wanita yang paling aktif.
Selain beliau (Noraini)
menjawat-jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan beliau juga adalah
penyandang sebagai Pengerusi Biro Hal
Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan
yang tidak kurang aktifnya dan selain itu Noraini memegang jawatan Pengerusi
Pembangunan Koperasi Wanita daerah Sandakan.
“Saya sebagai Ketua Wanita
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat akan sentiasa memberikan
sokongan padu terhadap kepimpinan Noraini sebagai Pengerusi MPWK P186 Sandakan
dan apa saja aktiviti-aktiviti yang
bakal dijalankan saya akan sentiasa bersama beliau” ujar Saleena Titi kepada wartawan The Sabah
Insder.Net
No comments:
Post a Comment