CORETAN DARI MEJA
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
SAIMON S JUMADI &
SALEENA TITI
SEHARIAN suntuk mengikuti kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik yang diadakan bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di Serambi Masjid Janatun Naim Sri Taman walaupun penat tetapi berbaloi kerana dapat mencedok sedikit ilmu yang amat beguna setiap peserta yang mengikuti program ini yang julung-julung diadakan.
Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P186 Sandakan yang dikelolahkan oleh Pengerusi MPWK Sandakan Puan Noraini Sulong mendapat sambutan yang amat menggalakan seramai 40 orang peserta adalah terdiri di kalangan wanita yang bergelar ibu.
“Saya dan teman-teman lain
sebagai peserta kursus itu adalah buat pertama kalinya menyertai program
sebegini rupa kami ditunjuk ajar bagaimana menjahit manik manik di sehelai kain
yang disediakan oleh seorang guru kreatif Puan Anne Sidik Tenaga Pengajar Sulaman Manik daripada Institute Kemahiran Malaysia.
“Pada mulanya memang sukar
untuk menjahit manik-manik diatas sehelai kain pertama seseorang itu harus
mempunyai penglihatan mata yang terang kerana untuk menusuk benang kelubang
jarum terlalu kecil lubangnya kemudian
tusuk kelubang manik-manik .
Untuk menghasilkan jahitan sulaman manik-manik bukan semudah itu yang kita fikirkan, kita
mesti mempunyai daya kesabaran, cekal hati dan ketekunan kerana ambil masa yang panjang juga” terang Saleena kepada
Wartawan kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas mengikut kursus tersebut
Saleena Titi yang memegang
jawatan dalam Parti Komponan BN selaku Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu
Sabah (PBS) Kawasan Tanjug Papat berterima kasih kepada Puan Noraini Sulong
kerana memberi peluang mengikuti program tersebut yang dianggap sebagai menimba
ilmu berguna kepada dirinya kerana
selama ini Saleena belum pernah mengikuti
kursus seumpama ini.
Sementara Noraini Sulong yang sempat ditemui antara lain menjelakan tujuan dan objektif mengadakan program adalah untuk membantu para kaum ibu bagi mempelajari selok belok tentang kreatif hasil kerja tangan iaitu menjahit sulaman manik-manik sama ada dibaju ataupun ditudung ataupun ditempat-tempat lain yang difikirkan.
"Ini juga bila mereka sudah pandai menjahit sulaman manik itu, boleh menghasilkan saru-satu produk hasil kerja tangan sendiri ia boleh dipasarkan untuk jual kepada orang ramai dan secara tidak langsung boleh menjana ekonomi pendapatan yang agak lumayan" ujar Noraini.
No comments:
Post a Comment