OLEH: THOSMAS SUNGGIUK
KOTA
KINABALU:- Setiausaha Kelab Penyokong BN Sabah Kerajaan Daerah Sandakan Sahidah Hj Mohd Said (gambar) mendesak
kepada Presisiden KPBNSDK Datuk Mohd Jeffry Rosman supaya membubarkan dengan seberapa segera jawatankuasa induk yang
ada sekarang.
Katanya desakan itu
dibuat ekoran bahawa kedudukan KPBNSDK
sekarang tidak stabil kerana kini sedang
berdepan dengan kemelut dan bergeseran antara Presiden dan Pengerusi Daerah
KPBNSDK yang semakin meruncingkan.
Saya telah
difahamkan oleh ROS bahawa di Sandakan belum lagi mempunyai
cawangan mahupun bahagian kerana didalam
perlembagaan seperti yang tercatat di Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh
pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS) KPBNSDK ini yang untuk di daerah Tawau sahaja dan tidak melibatkan
daerah Sandakan” kataya kepada Sabah Insider.Net
“Kami tahu ini sudah menyalahi undang -undang bertubuhan
kerana sesebuah pertubuhan atau kelab yang tidak didaftar dan tidak mempunyai
sijil pertandaftaran daripada ROS ini jelas KPBNSDK daerah Sandakan tidak sah”
katanya lagi.
Katanya bergeseran
antara Presiden dengan Pengerusi KPBNSDK ini yang kini semakin hangat ada baiknya ia diselesaikan dengan cara baik duduk sama-sama bawa berunding
dengan seelok-elok agar perkara ini tidak sampai ke balai Polis seterusnya
hingga kemahkamah nanti susah jadinya.
“Ataupun bubar saja
adakan kemesyuarat tergempar untuk membuat pemilihan semula jawatan baru daripada jawatan Presiden
sehingga ke Ahli Jawatankuasanya ini saja jalan tebaik untuk meredahkan ketegangan yang tiada kesudahannya ini”
ujarnya.
“Satu perkara lagi yang
saya ingin dedahkan kenapa ada cawangan baru KPBNSDK di cawangan Taman Mesra
penubuhan cawangan Kelab ini kamipun
langsung tidak dimaklumkan sepatutnya
apa saja cawangan KPBNSDK yang hendak ditubuhkan seharusnya melalui proses KPBNSDK daerah Sandakan dulu ini pula telah membelakangkan pihak kami.” Tegasnya.
No comments:
Post a Comment