PEMBUANGAN BAYI DI NEGARA INI SEMAKIN MENJADI-JADI INI EKORAN SEKS RAMBANG....SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Nampaknya pembuangan bayi di negara ini semakin menjadi-jadi   seakan akan ia sudah jadi  satu trend di kalangan segelintir wanita.

Ini sebenarnya berpunca daripada melakukan seks rambang yang tidak terkawal dengan pasangan masing-masing yang bukan mughrim terutama sekali di kalangan remaja.

Yang paling menyedihkan sekali kenapa mereka begitu tergamak membuang anak atau bayi yang tidak berdosa itu tidak kah mereka  ada rasa belas kasihan bila melihat bayi yang baru dilahirkan dicampak hidup-hidup sama ada kedalam   longkang ataupun di tong-tong sampah.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tanjung Papat Puan Saleena Titi (gambar) ketika diminta mengulas satu kejadian pembuangan bayi didalam mangkok tandas di Pulau Pinang  baru-baru ini.

Kata Saleena lagi sedangkan binatang yang tidak punya akal tetapi punya  perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya inikan lagi manusia yang diberi akal dan fikiran yang cukup semporna lebih tergamak membuang anak-anak mereka yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu.




SAYANG MENYAYANGI....Lihat ini anjing begitu menyayangi anak-anaknya  yang baru lahir berbanding manusia yang lebih kejam daripada binatang


“Sebagai seorang wanita kena harus pandai menjaga diri jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan begitu mudah menyerahkan tubuh badan kepada teman lelaki kerana atas cinta sejati, inilah akibatnya” ujarnya.

No comments:

Post a Comment