OLEH: THOMAS SUNGGIUK
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengarahkan semua
agensi berkaitan untuk terus memantau keadaan di negeri itu, bagi menghadapi
sebarang kemungkinan berikutan hujan lebat berterusan di Sabah, khususnya
kawasan pantai barat.
Beliau mahu agensi berkaitan bertindak segera, sekiranya berlaku bencana
seperti banjir dan tanah runtuh.
“Jawatankuasa Bencana Alam pada semua peringkat juga hendaklah sentiasa
bersiap sedia, bagi menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan masing-masing,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Sabah turut
menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan
diri, keluarga dan harta benda, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Beliau meminta orang ramai berhati-hati dalam menghadapi keadaan cuaca
ketika ini.
Katanya ekoran hujan lebat
beberapa kawasan di Kota Kinabalu banyak tempat dilanda banjir.
No comments:
Post a Comment