PROGRAM KRAFT KREATIF DAN WANITA ANTI JENAYAH (WAJA) ANJURAN MPWK SANDAKAN DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
 SALEENA TITI



SANDAKAN:- Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga P186 Sandakan yang diadakan sehari ini suntuk di ruang legar Masjid Janatun Naim Sri Taman pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang adalah bertujuan untuk mendedah dan mendidik kaum wanita cara-cara bagaimana untuk mempertahankan diri bila berdepan dengan penjenayah wanita adalah sering menjadi mangsanya.

Assistant Superintendent Polis (ASP) Cheah Sek Ee  yang diundang khas daripada Ibu Pejabat Polis Sandakan telah bertindak sebagai  penceramah dan tutur pada program tersebut.

Terlebih dahulu  ASP Cheah  memperkenalkan  yang disebut sebagai  “Engage  Housewives in Neighbourhood Safety” adalah satu insiatif  di bawah “National Blue Ocean  Strategy” (NBOS)  matlamat utama inisiatif  adalah untuk menjadikan  golong suri rumah tangga sebagai rakan polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah.

Katanya seorang pegawai kanan polis wanita dilantik sebagai “Peace  Lady” (AMANITA) di setiap daeah di seluruh Malaysia bagi menggerakan dan menyelaraskan penglibatan aktiviti wanita khususnya suri rumah tangga di dalam Program “Neighbourhood Safety”

“Pegawai Amanita di setiap daerah akan membuat perjumpaan  dengan kaum wanita khsusnya suri rumah tangga untuk memberikan penerangan secara ringkas tentang keselamatan  diri dan cara untuk berdepan dengan situasi kecemasan.

Para suri rumah tangga juga akan dilatih tentang  peranan mereka sebagai “mata dan Telinga” pihak Polis untuk mencegah jenayah di kawasan kediaman mereka” katanya kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.Net sejurus selepas memberi ceremahnya dihadapan 150 orang peserta.

Terdahulu dalam ucap alu-aluan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sandakan Noraini Sulong antara berkata  penglibatan kaum suri rumah tangga dalam mengikuti program Waja ini adalah amat penting kerana sedikit sebanyak hasil daripada ceramah yang disampaikan  itu dan tatacara gerak gerik yang telah ditunjukan oleh berapa orang anggota polis mengenai seni mempertahakan diri bila berdepan  dengan musuh-musuh yang tidak undang itu.

“Saya dalam kesempatan ini ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa  MPWK Sandakan kerana atas kerja keras mereka maka dua program iaitu Pertandingan Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik yang diadakan kelmarin dan program Wanita Anti Jenayah (Waja) yang diadakan pada pagi ini ditempat yang sama berjaya dilaksanakan dengan jayanya”

Dan dengan ini saya tak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada ASP Cheah Sek Ee dan anggota-anggota PDRM kerana sudah memberi tunjuk ajar kepada para peserta program ini dan tanpa adanya kerajasama daripada pihak PDRM sudah pasti program ini tidak dilaksanakan” katanya.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Haji Ampong KK Puyon telah merasmikan penutupan Kursus Kraft Kreatif Jahitan Sulaman Manik dan penutupan program waja.
 

Dalam ucapan ringkasnya Ampong memuji tindakan dan usaha gigih yang dilaksanakan oleh Pengerusi MPWK Sandakan yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan kerana setiap program yang dianjurkan pastinya mendapat sokongan yang amat menggalakan.

Ampong berkata kedua-dua program yang dianjurkan oleh MPWK ini memang amat berguna kepada para peserta untuk menimba  sebanyak sedikit ilmu yang bermenfaat itu.

Dalam pertandingan Kreatif Sulaman Manik yang telah disertai seramai 40 orang  peserta daripada LDP Puan Lily Chung telah mendapat gelaran johan kerana hasil kerja tangannya menyulam manik-manik pada bag tangannya kelihatan tersusun dan cantik.
  
Sementara Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi  dalam komennya menjelasan walaupun beliau tidak mendapat sebarang tempat tapi beliau bersyukur dan berpuas hati mengikuti kursus tersebut sehari suntuk walaupun badan terasa  keletihan namun berbaloi kerana telah mendapat menimba ilmu.


Turut hadir pada majlis penutupan kedua-dua program itu ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid @ Hj Utung.

1 comment:

  1. PERINGATAN: The Sabah Insider.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete