OLEH:
SAIMON S JUMADI
FOTO:
APEK ANSUKOI
SOAL LETIH TAK KISAH....Hadir program asalkan dapat ilmu dakwa saleena yang namanya kini sedang meningkat naik dipersada dunia politik tanah air
SANDAKAN:- Sehari suntuk
mengikuti program Membara Jalinan Wanita anjuran Pergerakan Wanita Bahagian UMNO
Sandakan dengan kerjasama JASA Bahagian Sandakan yang diadakan di Hotel Ibis
Water Front di sini pagi tadi walaupun terasa keletihan sedikit namum bagi saya
soal penat saya tak ambil kisah sangat.
Kenapa saya kata begitu saya tak kisah sangat soal keletihan itu sebab bila saya duduk sambil mendengar bebarapa ceramah yang telah disampaikan oleh beberapa penceramah
daripada pihak-pihak tertentu mengenai pelbagai sudut aspek sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu jadi berbaloilah dengan kehadiran saya sehari suntuk itu.
Demikian dijelaskan sendiri oleh Ketua Wanita
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat Saleena Titi (gambar) yang namanya kini
sedang meningkat naik dipersada dunia politik tanah air kepada Wartawan Kanan The
Sabah Insider.Net sejurus selepas menghadiri program ini.
Saleena sambil mengucapkan terima kasih
kepada Pengerusi Penganjur program tersebut iaitu Noraini Sulong atas kesudian
menjemputnya hadir ke program yang bermenfaat itu.
“Tidak sia-sia saya membuang masa untuk hadir selain saya mendapat
sedikit ilmu mengikuti program ini tapi saya dapat ramai kenalan lebih rapat
dengan ahli-ahli UMNO dan rakan-rakan
parti komponen BN yang lainnya sama ada dari LDP.Gerakan, MIC dan MCA”
Ujarnya.
No comments:
Post a Comment