OLEH: FRANCIS LEE

Mayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah
Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah
oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu.
“Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment