OLEH: RAZALIE ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR:-.Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak membentangkan bajet keenamnya di Dewan Rakyat hari ini.
Najib yang juga menteri kewangan,
menulis di dalam blognya NajibRazak.com pada Khamis, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat”
dan akan mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai kos sara hidup yang
meningkat.
“Bajet 2015 akan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan, meningkatkan kualiti hidup dan membina lebih banyak rumah mampu
milik," tulis beliau.
Najib juga menulis yang pemberian
tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disambung sebagai
sebahagian program rasionalisasi subsidi Putrajaya bertujuan untuk mempunyai
satu program subsidi yang disasarkan.
Najib tiba di Bangunan Parlimen pada jam 3.48
petang untuk membentangkan Bajet 2015.
The Malaysian Insider akan menyiarkan intipati
penting dalam ucapan bajet Najib. Ikuti laporan langsung di sini:
* Najib mulakan ucapan jam 4.00 petang di Dewan
Rakyat.
* Sejumlah RM273.9 bilion diperuntukkan untuk
Bajet 2015, dengan agihan terbesar sebanyak RM116.4 bilion untuk Pemberian dan
Kenaan Bayaran Tetap, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal
2014.
* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA
dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan
lebih 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.
* Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam
keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5
bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen,
RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi
menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi
pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015,
diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada
kadar 5 hingga 6%, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3%.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion
dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST)
menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat
melalui pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi
pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015, meningkat
RM10.2 bilion berbanding 2014.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian
Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Skop barang yang tidak dikenakan GST diperluaskan
termasuk buah-buahan, roti putih dan ubat-ubatan penting nasional.
* Kadar penggunaan elektrik tidak dikenakan GST
dinaikkan kepada 300 unit pertama, memanfaatkan 70% isi rumah.
* Penjualan runcit petrol RON95, diesel dan LPG
diberikan pelepasan.
* Kerajaan akan keluarkan "shoppers'
guide" untuk membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
* Pengurangan beban cukai dengan penurunan cukai
pendapatan individu pada kadar 1 hingga 3%.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang
kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrstruktur 2015: Membina Lebuhraya
Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuhraya Pantai
Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuhraya Damansara-Shah Alam
(47km/RM4.2 bilion); Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur
(36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150
juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23
bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex
dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta
bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50
bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital
Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* Kerajaan beri rebat 10% untuk peminjam PTPTN yang
membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan sehingga 31 Disember, 2015 dan
20% diskaun untuk mereka yang membuat penyelesaian secara sekali gus sehingga
31 Mac, 2015.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri
bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM660 juta diperuntuk untuk perkukuh keselamatan
di Esszone dan Ezzcom.
* Tambahan 2 KR1M di Sabah dan 3 di Sarawak.
* RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan
penguatkuasaan kawalan harga barangan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Subsidi padi bukit berjumlah RM70 juta untuk
memperkukuh rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak.
* Khidmat perubatan nuklear dan radioterapi bagi
merawat pesakit kanser di Hosiptal Wanita dan Kanak-kanak di Likas Sabah.
* Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan
Lubok Antu, Sarawak serta naik taraf kemudahan di Hospital Tawau.
* Memperluaskan program "carve-out and
compete" secara meritokrasi meliputi projek kerajaan dan penswastaan.
* Program pre-eksport untuk Teras bagi meningkatkan
penjenamaan, pensijilan antarabangsa dan market survey Bumiputera.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara
pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh
tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing
dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals
2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan.
* Tekun sediakan RM500 juta untuk pembiayaan
keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda
India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan
usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina,
manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
* Skim Perumahan Belia akan diperkenal di bawah
Bajet 2015 untuk membantu belia memiliki rumah.
* Pelepasan cukai dinaikkan sehingga RM6,000 untuk
pembelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang
dan serangan jantung.
* Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi
pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dinaikkan tahun depan
daripada RM8,000 kepada RM10,000, manakala RM1.3 bilion diperuntuk untuk
membina 80,000 unit rumah PR1MA.
* RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf
kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan
GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan
satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu
membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000
sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan
syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24%, manakala kadar
cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20
kepada 19%.
* Pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan
khas sebanyak RM250.
* Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan
gaji dengan bayaran minimum RM500 pada Januari 2015.
* Insurans takaful berkelompok i-BR1M akan
digantikan dengan Skim Khairat kematian, iaitu bantuan RM1,000.
* Bagi individu bujang 21 tahun ke atas
berpendapatan bulanan RM2,000 sebulan ke bawah, BR1M ditingkatkan kepada RM350.
* Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
sebulan, BR1M ditingkatkan ke RM950 dan diberi melalui 3 bayaran setahun.
* Penambahbaikan lagi 252 skim perkhidmatan awam sedia
ada untuk tingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
* Peruntukan RM17.7 bilion untuk Angkatan Tentera
Malaysia, RM9.1 bilion untuk PDRMsia dan RM804 juta untuk APMM.
* RM112 juta untuk wujudkan zon kawalan kebocoran,
pengesanan dan pembaikan paip bocor menangani "Non Revenue Water.
* Pengecualian duti setem 50% ke atas surat cara
pindah milik dan perjanjian pinjaman.
* Menyediakan "National Water Blueprint"
untuk pastikan kelangsungan bekalan air jangka panjang negara.
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk
pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu
pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian
Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu 7
sekolah rendah, 3 sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi
Vokasional dan Teknik.
Nampaknya pembentangan bajet 2015 ini telah
mendapatkan sokongan daripada semua golongan kerana bajet kali ini telah memperlihatkan
banyak penambaikan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat
No comments:
Post a Comment