OLEH: SAIMON S JUMADI
SEKONG:- Tidak dinafikan kebanyakan golongan wanita
ramai yang manjadi mangsa jenayah, kerana wanita mereka anggap kaum yang
lemah dan tidak berupaya melawan diri
bila berdepan dengan penjenayah dan lebih mudah ditewaskan lantaran mereka jadi
sasaran utama.
Tapi wanita pada hari ini agak berbeza ramai sudah pandai bersilat, berkuntau dan berkarati untuk mempertahan diri masing-masing bila berdepan dengan musuh yang tidak diundang itu yang coba mahu menodai atau menggangu diri mereka
Dari itu wanita bila berjalan jangan berseorangan terutama sekali
ditempat agak sunyi seperti dilorong bangunan dan juga ketika menunggu bas ditempat berhenti bas kerana
tempat-tempat ini memang tempat untuk
mencari mangsa, mereka bila nampak dua tiga lelaki menunggu bas kta fikir mereka adalah penumpang rupa-rupanya
penjayah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya
berkata demikian semasa berucap merasmikan program Wanita Anti Jenayah (WAJA) anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan
keluarga (MPWK) P185 Batu Sapi kelmarin.
Beliau mengingatkan kaum wanita bila berjalan jangan suka memakai barang kemas
berlebihan sama ada barang kemas itu
tulen ataupun palsu kerana bila penjayah
terlihat barang kemas yang dipakai itu berwana kekuning-kuningan yang persis emas sudah tentu mereka fikir itu adalah barangan yang
berhaga lantas mereka melakukan rompakan
atau meragut ada putus tangan.
Sementara dalam ucapan alu-aluan
Pengerusi MPWK P185 Batu Sapi yang juga selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu
Sapi Rahimah Asrah memberi tahu program
ini dianjurkan selain manyahut seruan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat agar MPWK dikawasan parlimen masing-masing menganjur
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam perbagai sudut aspek yang menjurus
mengenai hal ehwal wanita maka selaras program yang diadakan pada hari ini
khususnya tujukan kepada kaum wanita dalam penjagaan keselamatan wanita.
“Saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang diutarakan oleh Datuk
Samsudin memang ada kebenarannya kita sebagai wanita sentiasa berhati-hati bila menjalan bersendiri
kerana jelas kebanykannya yang kerap menjadi mangsa ragut adalah kaum wanita.
“Satu lagi yang ingatkan wanita harus berwaspada bila mana dihampiri menunggang motorsikal inipun mereka
dikhuatiri penjayah bila mereka ternampak wanita selalu mambawa tas (beg
tangan) keluar daripada bank atau keluar dari pusat membelibelah ini adalah
sasaran utama punca berlakunya kes ragut” Ujarnya.
Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Air telah dihadiri
seramai lebih 100 orang penduduk-penduduk kampung berhampiran termasuk hadir sama Ajk Bahagian, Wanita,
Puteri, Pengerusi JKKK, Pengurusi Rukun Tetangga, dan Ketua Kampong
No comments:
Post a Comment