OLEH: THOMAS SUNGGIOK
RANAU:- Ekoran pencerobohan tanah adat (NCR) di ketiga
buah kampung antaranya Kampung Sinurai, Kampung Mayan dan kampung Malinau di
bawah ADUN Ranau Kerajaan negeri akan berusaha mencari
penyelesaian terbaik bagi menangani isu hak dan pengurusan tanah yang dihadapi penduduk di Kampung Sinurai, Ulu Sugut dekat
sini.
Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata beliau
akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak berkaitan
bagi membantu menyelesaikan isu penduduk di kampung itu yang tanah mereka kini
dipercayai 'dimiliki' syarikat perladangan dari Semenanjung.
Ewon, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
berkata penduduk kampung terbabit sepatutnya diberi kembali hak pemilikan tanah
di kampung itu.
"Saya sebagai anggota Parlimen Ranau meminta orang
kampung bersabar dan kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik kepada
masalah ini,' katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan dalam media sosial bahawa
penduduk kampung terbabit menyuarakan aduan terdapat sebuah syarikat
perladangan dari Semenanjung memasuki kampung itu dan mengusir mereka dari
tanah itu.
Sebuah akhbar tempatan hari ini turut melaporkan lebih
500 penduduk dari beberapa kampung terutama di Kampung Sinurai, Kampung Wayan
dan Kampung Malinsau merayu kerajaan menerusi wakil rakyat dan Jabatan Tanah
dan Ukur supaya campur tangan menyelesaikan pertikaian pemilikan lebih 400
hektar tanah yang diusahakan penduduk sejak 1960-an.
Seramai 500 penduduk
yang membabitkan tiga buah kampung tersebut perlu mendapat pembelaan
sewajarnya jika tidak mereka pastinya akan menjadi pelarian di tempat sendiri.
Sejak kerajaan Barisan Nasional memerintah di negeri
Sabah sejak dari tahun 1994 sehingga
kini orang-orang semenanjung telah melakukan pencabulan hak-hak asasi dan merampas
tanah-tanah adat milik orang –orang kampung untuk jadikan ladang sawit besar-besaran.
Yang sedih bila para penduduk enggan berpindah pihak
polis telah menyebelahi taukey berkenaan
sehingga sanggup menembak satu persatu penduduk
dan ini menampakan polis di Sabah ini lebih kejam daripada regim Israel
kerana mereka suka-suka mahu membunuh para penduduk kampung dengan
sewenang-wenangnya tidak man sudah keadilan.
“Saya selaku taukey
punya pemilik baru tanah ini memang akan membayar kepada polis untuk menembak
satu persatu penduduk yang enggan berpindah ini adalah keputusan mahkamah kami
terpaksa akur untuk memusnahkan para
penduduk yang engkar” Kata Mr Leong
No comments:
Post a Comment