UCAPAN AHLI PARLIMEN SANDAKAN WONG TIEN FATT ISU RCI

UCAPAN PERBAHASAN AHLI PARLIMEN SANDAKAN (DAP) YB WONG TIEN FATT DI SIDANG PARLIMEN











Teks Ucapan Pembahasan ke atas Titah Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt: (PART 3)

LAPORAN RCI

1.  Tuan yang dipertua, laporan RCI yang telah dikeluarkan adalah amat mengecewakan. Walaupun kita sudah menanti-nantikan selama beberapa tahun, tetapi ia merupakan nutshell dan langsung tidak Nampak apa apa kesimpulan menyatakan apakah faktor menyebabkan Pendatang Asing Tanpa Izin mendapat IC di Sabah.

2.  Dari pengumuman RCI sejak tahun 2012 sehingga pengeluaran laporan ini, ia telah menggunakan masa yang panjang selama dua tahun dan prosiding RCI itu telah menggunakan masa hampir satu tahun untuk mendapat semua maklumat dan testimony daripada sebanyak 211 witness. Ia sepatutnya satu laporan yang paling tebal dan mempunyai kandungan yang lebih besar dan banyak dalam sejarah negara. Tetapi, ia hanya mempunyai 368 muka surat dan saya syaki bahawa kebanyakan kandungan yang mustahak termasuk kenyataan witness sudah hilang dan tidak terbuka dalam laporan tersebut.

3.  Secara keseluruhannya, laporan ini menunjukkan tiada keikhlasan dari kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini. Nampaknya laporan ini langsung tidak membantu masalah yang kini dihadapi oleh rakyat Sabah dan merupakan hanya wayang kulit sahaja. Selain itu, laporan itu disyaki kemungkinan tiada persetujuan daripada panel RCI kerana langsung kita tidak Nampak ada tandatangan yang disahkan oleh ketua panel dan ahli panel lain dan juga tajuk di atas buku laporan itu sepatutnya “Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja” tapi perkataan “Diraja” dihilangkan di atas buku laporan. Saya ingin bertanya kenapa perkataan yang begitu penting akan dihilangkan. Perkataan “Diraja” adalah penting kerana laporan ini adalah disahkan oleh Yang Dipertuan Agong. Sebagai penghormatan, ia harus ditajukkan atas laporan tersebut. Jelasnya kehilangan perkataan itu seolah-olah menghina institusi diraja. Saya minta penjelasan.

4.  Di dalam laporan ini, tiada satu cadangan yang solid untuk menyelesaikan masalah PATI, hanya satu cadangan iaitu menubuhkan jawatankuasa khas memberi pandangan. Ia masih tidak akan membantu mengatasi masalah ini.

5.  Tuan yang dipertua, mengenai satu jawatankuasa yang ditubuh seperti dicadang dalam laporan tersebut, untuk maklumat dewan yang mulia, jawatankuasa ini dipimpin oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah, dibawahnya ada lagi satu jawatankuasa yang dipimpin oleh YB Keningau telah mencadangkan mengeluarkan semula semua IC kepada rakyat Sabah. Ia merupakan cadangan yang baik dan haruslah dilaksanakan secepat mungkin untuk sekali gus menyelesaikan masalah ini.

6.  Dengan mengeluarkan semula IC Malaysia di Sabah, semua pendatang asing tanpa izin atau PATI yang telah mendapat IC kini secara haram akan ditarik balik IC mereka dan jika mereka berniat bekerja di Sabah, mereka boleh memohon permit melalui undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Ini tentu akan lebih efisien untuk membantu kita mengawal pendatang asing di negeri kita dan ju

ga levi yang dikenakan ke atas pekerja asing akan membantu kerajaan meningkatkan pendapatan negara kita.

7.  Tuan yang dipertua, Di samping itu, Memandangkan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semakin serius di Sabah, pihak kerajaan disalahkan memberi IC sewenang-wenangnya, ini jelas menunjukkan kerajaan tidak dapat mengawal situasi masalah tersebut. Sedangkan PATI yang haram boleh memasuki Sabah dengan senang, tetapi YB Seputeh sebagai seorang ahli Parlimen Malaysia yang tidak ada melakukan apa-apa kesalahan dilarang masuk ke Sabah. Beliau hanya nak masuk ke Sabah membantu rakyat Sabah. Manakala ia amat mengecewakan kerana seperti Menteri Pertanian dan Tani Asas serta Ibrahim Ali dari PERKASA yang telah mengeluarkan kenyataan yang racis tidak dilarang masuk ke Sabah. Adakah ini menunjukkan Barisan Nasional double standard? Saya ingin minta pandangan daripada YB Menteri berkaitan isu ini.

KES ANWAR

8.  Sebelum saya mengakhiri, saya ingin meluahkan perasaan kecewa kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun. Saya berasa sedih kerana sekali lagi terbukti Malaysia tidak mempunyai sistem kehakiman yang adil dan neutral. Jelasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan mangsa politik di bawah kezaliman kerajaan Barisan Nasional UMNO ini.

9.  Bukan Sahaja pihak pembangkang telah mengkritik keputusan tersebut, maka banyak negara asing dari masyarakat antarabangsa, seperti US, UK, Canada, Australia, Switzerland, International Parliamentary Union dan sebanyak 122 parti politik antarabangsa telah bergabung dan menghendam keputusan itu. Tambahan pula, kini United Nation pun telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi perhatian ke atas kes tersebut. Ini telah memalukan semua rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai Laughing Stock di dunia, dan demokrasi kita dianggap lebih teruk daripada Myanmar dan banyak Negara di Afrika. Ia memang membuangkan muka kita di seluruh dunia!

10.              Tuan yang dipertua, walaupun kita menghadapi banyak kesusahan dan cabaran di hadapan, tapi saya tetap yakin cabaran itu akan memperkuatkan kita dan rakyat akan terus bersama kami memberi sokongan yang lebih kukuh kepada kita meneruskan perjuangan kita sampai keadilan, kesamarataan dan demokrasi akan menimpa di Negara yang kita sayangi ini.

Dengan itu, saya harap semua isu yang telah saya bangkit tadi boleh diberi penjelasan dengan terperinci. Sekian, teri

No comments:

Post a Comment