PENYELUDUPAN PETROL DAN DIESEL SPRM TAHAN 10 ANGGOTA POLIS DISOAL SIASAT


BY ADMIN





PUTRAJAYA:- Sepintar-pintar tupai melompat akhrinya jatuh ke tanah juga ini ada kaitan dimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 10 anggota polis bagi membantu siasatan berkaitan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran dalam Ops Licin 2.

SPRM dalam kenyataannya berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan 25 individu ditahan sehingga petang ini dalam Ops yang bermula semalam.

“Tujuh daripada mereka ditahan antara 11.30 pagi hingga 2 petang tadi di pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.

“Enam daripada sembilan yang ditahan adalah anggota berpangkat koperal dan masing-masing seorang konstabel, sarjan dan sarjan mejar, sementara seorang lagi yang ditahan adalah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dia ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak,”katanya.

Semalam, 15 individu ditahan SPRM iaitu seramai 13 pegawai penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan PGA, dan masing-masing seorang bekas pegawai UPP dan orang awam. POSTED BY KUALA LUMPUR POST NEWS ON TIME






No comments:

Post a Comment