OLEH:
SYAIRUL SAIFULLAH
TAWAU:-
The Sabah Insider.Net akan membuka pejabat cawangannya di Semporna pada bulan April ini untuk
membolehkan masyarakat Semporna membuat
aduan-duan mengenai pelbagai masalah
yang terdapat disekitar daerah itu.
Pengurus
yang juga Chief Executive Officer (CEO) The Sabah Insider.Net Jun Pacifico @Abdullah (gambar) berkata pihaknya akan melantik seorang
wartawan yang berpengalaman sebagai Ketua Biro untuk mendapatkan pelbagai
berita yang disalurkan sama ada parti-parti pembakarang yang juga pro kerajaan
dan perseorangan untuk disiarkan.
Jun
berkata semua berita yang telah diterima di Semporna ianya akan dihantar ke
Sabah Insider Cawangan Sandakan untuk ditapis dan kemudian disiarkan diportal
ini.
Kata
Jun setakat ini Sabah Insider selain beribu pejabat di Kota Kinabalu ia juga
mempunyai cawangan-cawangannya di Sandakan dan Tawau sudah lebih setahun
beroperasi
No comments:
Post a Comment