OLEH:
SHAIMON S JUMADI
PITAS:- Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya
parti pembangkang di Sabah yang tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada mana-mana pihak untuk membantu
rakyat dan penduduk di kawasan pedalaman yang terpencil namun hasrat dan
cita-cita untuk membatu penduduk yang telah tersisih daripada mendapatkan kemudahan asas dan sebagainya telah terlaksanak juga akhirnya.
Ini jelas Projek Impian Sabah di bawah
kelolahan DAP Sabah telah berjaya dan
mampu memberikan sedikit projek asas seperti
Jalan Raya melalui pembinaan secara gontong royong besar-besaran yang
membabitkan ahli-ahli DAP seluruh Sabah dan juga kerjasama intim daripada
penduduk setempat.
Terdapat beberapa buah kampong yang
telah terlibat dalam mendapat kemudahan daripada DAP melalui Projek Impian Sabah ialah Kampung
Pitas, Kampung Dowokon, Kampung Perupok, Kampung Nibang Kampung Mandamai Salah Ubah.
Semua penduduk yang tinggal di
Kampung-Kampung yang disebutkan ini 100
peratus rata-rata anak jati Sabah yang berketurunan Dusun, Kadazan dan Murud
tapi amat menyedihkan sekali mereka masih dahagakan dan ketinggalan dalam menikmati
projek pembagunan asas daripada kerajaan
Barisan Nasional (BN) sejak dari dahulu lagi sehingga kini.
Ketika dihubungi oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider.Net Puan
Dayang Zubaidah Datu Tahil yang juga Pegawai Khas II kepada Ahli Parlimen
Sandakan (DAP) yang turut menyertai misi Projek Impian Sabah ke berapa buah kampong
di pedalaman memberitahu tujuan DAP mengadakan misi projek impian Sabah adalah
khusus membantu rakyat diluar Bandar yang telah terpinggir dalam menikmati arus
perdana pembangunan asas seperti jalan raya, jambatan dan bekalam air bersih.
“Walaupun kami dipihak pembangkang tapi kami amat rasa simpati terhadap
nasib mereka jadi kami membantu untuk membuat semua itu atas kemampuan kami
saja”
“Saya bagi pihak DAP Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua penduduk berkenaan kerana memberikan kerjasama yang lebih komited dalam
mengadakan gotong royong itu dan semoga telah terbinanya jalan raya, jambatan
dan bekalan air bersih dapatlah dimenfaatkan sepenuhnya” ujar Zubadah.
No comments:
Post a Comment