OLEH:- SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Tindakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan yang menyeru pimpinan dalam negeri ini supaya bersatu
padu memperjuanngkan autonomi Sabah.
Ahli
Parlimen Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong memberikan sokongan penuh terhadap
saranan Pairin itu dan sambil menggesa
pemimpin jangan melakukan perbuatan yang boleh mematahkan semangat perjuangan.
Tan
Sri Pairin mengeluarkan kenyataan tersebut untuk membalas komen bekas ketua
menteri Tan Sri Harris Salleh.
Wong
berkata, Tan Sri Harris sebagai salah seorang bekas ketua menteri, kini
autonomi Sabah semakin berkurangan,beliau tidak boleh menolak tanggungjawab.
Kini ada orang ingin memperjuangkan autonomi Sabah,
walaupun beliau tidak ingin
melakukannya, tetapi sekurang-kurangnya harus memberi sokongan, bukanlah mematahkan
semangat, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Pairin.
Beliau
berkata, kini Sabah hanya memperoleh 5% royalti minyak, dan kehilangan seluruh
pulau Labuan, Tan Sri Harris sepatutnya memikul tanggungjawab yang terbesar, kerana
pada masa tersebut Tan Sri Harris adalah Ketua Menteri Sabah.
Wong
berkata lagi selepas Tan Sri Pairin mengetuai
PBS balik ke pangkuan BN, beliau telah berubah sepenuhnya, dan tidak lagi giat
berusaha memperjuangkan kepentingan negeri Sabah dan rakyat Sabah, selama ini
hanya bergembira di bawah pimpinan BN, kini beliau berani tampil ke depan dan
menyeru pemimpin dalam negeri bersatu hati, memperjuangkan autonomi Sabah, ini
amat menggembirakan.
“Diharapkan
beliau kali ini benar-benar membantu memperjuangkan autonomi Sabah, jangan sesekali
hanya mempergunakan orang Sabah untuk menentang Pakatan Rakyat dan DAP” jelas
Wong.
Wong
juga mengingatkan Tan Sri Pairin, beliau merupakan pengerusi jawatankuasa khas
Sabah yang kedua, pernah mencadangkan pemberian kad pengenalan Sabah, DAP juga
menyokong penuh cadangan beliau, diharapkan beliau dapat berusaha demi kaum dan
seluruh rakyat sabah, walaupun tindakan ini agak lewat. Wong juga berkata, jika
Tan Sri Pairin mengetuai PBS berdiri bersama dengan Pakatan Rakyat pada Pilihan
Raya Umum 505, keadaan politik Malaysia kini akan berlainan.
No comments:
Post a Comment