WONG CABAR MAXIMUS LETAK JAWATAN JIKA TERUS MENYUSAHKAN RAKYAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt mengutuk dan membidas sekeras kerasnya terhadap  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr  Maximus Ongkili langsung  tidak berupaya untuk menjaga kepentingan rakyat,  malahan membiarkan SESB terus bertindak sesuka hati, memperoleh sumbangan modal yang tinggi daripada pihak pembinaan dan pemaju di Sabah,  hingga mengakibatkan kos tersebut akhirnya ditambahkan kepada pembeli rumah.

Jika perkara terus  menghantui dan  membebankan rakyat,  dan jika Datuk Maximus masih tidak berupaya menangani masalah ini, beliau digesa supaya  meletakkan jawatan saja daripada jawatan  yang disandangkannya itu agar tidak terus menyusahkan rakyat.

Menurut kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) Datuk Francis Goh Fah Sun, pada tahun yang lalu SHAREDA telah memberikan sumbangan modal sebanyak RM180 juta kepada SESB, wang tersebut dibayar pembeli rumah, menyebabkan harga rumah meningkat.

“Dasar ini tidak adil dan mengeskploitasi kepentingan orang Sabah. Dasar ini juga merupakan punca utama yang menyebabkan harga rumah Sabah antara yang tertinggi di seluruh negara, oleh itu ia harus disemak semula dengan segera.” Kata Wong.
“Sebenarnya orang Sabah langsung tidak perlu membayar sumbangan modal RM180 juta, ini adalah bayaran yang tidak munasabah, selama ini berapa hasil titik peluh orang Sabah telah diperah? Ini amat mengecewakan dan menyedihkan orang Sabah!” Tambahnya

Kata beliau, “menurut statistik persatuan tersebut, pembinaan rumah di Sabah diperlukan membayar sumbangan modal RM3300, berbanding dengan Semenanjung RM250, sumbangan modal Sabah adalah 13 kali lebih tinggi!  Cadangan SHAREDA (RM1000) juga 4 kali lebih tinggi daripada Semenanjung!”

Oleh itu. Tambah Wong lagi  SESB dan menteri harus menjelaskan sebab SESB menerima sumbangan modal yang begitu tinggi, dan mengapakah sumbangan modal Sabah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung. Ini sekali lagi menunjukkan ketidaksamaan dasar di antara Semenanjung dan Sabah, kerajaan mengeksploitasi kepentingan orang Sabah!

Wong berkata ini adalah dasar yang tidak adil, tidak bermoral, salah dan membuli rakyat Sabah. Orang Sabah amat miskin dan susah membeli rumah, tambahan pula bekalan elektrik di Sabah amat teruk, kemudahan asas juga tidak lengkap, dasar ini menambahkan beban rakyat.

“Saya berasa amat kecewa, pemimpin BN negeri Sabah dan persekutuan langsung tiada respon terhadap isu ini, dan tiada yang menampilkan diri untuk membela nasib orang Sabah, membantu negeri Sabah, mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin Sabah!” Ujarnya

Kata beliau, selama ini DAP Sabah memohon kerajaan memandang serius terhadap isu ini, dan meminta SESB kaji semula dasar ini, tetapi kerajaan tidak mempedulikan.

“Maximus merupakan menteri Sabah, sepatutnya prihatin terhadap isu ini, dan mengetuai untuk menyelesaikan masalah, jika beliau tidak berupaya untuk membantu orang Sabah, maka beliau patut letak jawatan.” Wong menambah.

Wong juga mengingatkan Maximus dan SESB, Tenaga Nasional Berhad memiliki 80% syer SESB, bertanggungjawab untuk membantu SESB, dan pada tahun lalu TNB mendapat keuntungan sebanyak RM 6.1 billion, SESB pula mendapat keuntungan sebanyak RM16 juta, tiada sebabnya mereka terus memerah kepentingan rakyat.

“Sudah cukup! Selama ini dasar ini mengeksploitasi kepentingan rakyat Sabah, kini dasar ini harus dihentikan, memulangkan keadilan kepada rakyat Sabah. Sumbangan modal Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, ini jelas menunjukkan double standard! Maximus sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Negara, berkuasa untuk membuat penyelarasan.” Tegasnya.

“Saya berharap kerajaan dapat memandang serius terhadap isu ini, kerana harga rumah Sabah adalah antara yang tertinggi dalam negara, ini harus ditangani dengan segera,pastikan dasar yang lebih adil dan memanfaatkan rakyat, membantu orang Sabah dan mengatasi masalah harga perumahan.”  Wong menjelaskan.


No comments:

Post a Comment