OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE
PETALING JAYA:- Setelah dicop “Minah Propa”,
muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik
selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto
bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal
ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong
ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau
nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 24, dia menegaskan bahawa beberapa
foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga
disertai teman lelakinya.
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya
sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda
nak cuba. Waktu itu saya berumur 19 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan
keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek,
saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh
berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan
dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim
bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman
lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama
teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan
barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya
tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang
yang dengki dengan saya.”
Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah
sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa
yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu
lagi”
Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar
daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik
lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.
Kata Emma lagi, kini dia semakin gemar
mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan
dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.
Katanya lagi kalau setakat cium atau kucupam dibibir itu perkara biasa namanya orang beromen ramas meramas itu perkara biasa tapi tak sampai keterlanjuran itu kena jaga.
No comments:
Post a Comment