OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Stephen Wong Sabah mempersoalan penggunaan GST tidak wajar dilaksanakan di Sabah sebab kena bayar GST
lebih tinggi berbanding dengan orang semenanjung
Beliau yang juga Ahli Parlimen
Sandakan menggesa Kerajaan Persekutuan
menghentikan pelaksanaan GST dengan serta-merta, jangan menambahkan beban
rakyat.
Beliau berkata, isu hutang 1MDB yang kini hangat
dibincangkan, sebenarnya syarikat tersebut telah menanggung hutang melebihi
RM42 billion, merupakan 84 kali kepada RM500 juta hasil GST yang dianggarkan
dapat dikutip di Sabah dalam setahun. Ini bermakna, satu syarikat milik
kementerian yang tidak berguna telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM42
billion, dan jumlah wang tersebut kena mengutip GST selama 84 tahun
berturut-turut baru dapat dikembalikan!
Beliau berkata, kerajaan tidak
berupaya untuk menguruskan wang rakyat, kini pula mahu mengutip GST daripada
rakyat. Beliau berasa amat geram, orang Sabah kena membayar cukai yang lebih
tinggi, harga barang juga lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, kini
kerajaan bukan sahaja tiada membantu Sabah menaiktarafkan kemudahan asas dan
menangani masalah, malah membazirkan dana awam secara berterusan, mengakibatkan
jurang kemiskinan semakin bertambah, tidak adil langsung.
Wong mengutuk keras perbuatan
kerajaan yang melaksanakan GST dengan alasan tiada wang, tetapi di sebaliknya
membazirkan dana awam, membiarkan syarikat kroni “merompak” wang rakyat.
Kata beliau, kerajaan patut
menghentikan pelaksanaan GST di Sabah, sehingga pembangunan kemudahan asas dan
taraf kehidupan orang Sabah setanding Semenanjung, barulah melaksanakan GST.
Beliau berjanji, DAP akan terus
berjuang dan membantah sebarang dasar yang tidak adil dan tidak memanfaatkan
rakyat, seperti dasar Kabotaj dan pemberian sumbangan modal kepada SESB. DAP
pasti akan membantah keras kerajaan terus membantu 1MDB, kerana wang tersebut
sepatutnya digunakan untuk menjalankan program pembangunan yang membawa faedah
kepada rakyat, terutamanya membantu negeri Sabah dalam pembangunan kemudahan asas.
Selain itu, beliau juga menyokong
kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh, dan berpendapat
bahawa kerajaan negeri patut mengembalikan kuasa autonomi dan memulihkan sistem
persekutuan negara kita.
Sementara itu, berhubung dengan isu
kerajaan negeri mempunyai kuasa perlembagaan untuk menuntut 40% hasil cukai
Sabah daripada persekutuan, beliau berasa terkejut dan mengkritik kerajaan
negeri tidak menyedari seksyen perlembagaan ini sepanjang setengah abad yang
lalu.
Wong bertanya kerajaan persekutuan, dalam 50
tahun yang lalu, semenjak Malaysia ditubuhkan, Sabah telah bayar berapa cukai
kepada kerajaan persekutuan, dan berapa daripada cukai tersebut diberikan
kepada kerajaan negeri?
Kata beliau, jika kerajaan negeri
berhak menuntut 40% hasil cukai, hasil cukai Sabah sebanyak RM1.2billion yang dianggarkan
akan dikutip pada tahun ini, kerajaan negeri akan menerima pendapatan hampir
RM500 juta untuk menjalankan projek pembangunan Sabah.
Beliau berkata, kini
merupakan peluang terbaik untuk melaksanakan pengagihan kuasa, sedangkan
kerajaan negeri berkuasa mengikut perlembagaan, maka kerajaan negeri patut mengembalikan
kuasa autonomi dan keadilan kepada rakyat Sabah.
No comments:
Post a Comment