CORETAN RINGKAS DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
(ssjumadi@gmail.com)
DARIPADA 8,282 produk pelbagai jenis barangan telah
diturunkan harga sebanyak 70 peratus ini
telah menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan khusus Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi untuk tidak memberi beban kepada
masyarakat pengguna untuk berbelanja.
Menjadi satu tandatanya pula
adakah penurunan harga barangan seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam
Negeri Penggunaan dan Koperasi Datuk Seri Hassan Malik itu melibatkan negeri
Sabah atau ianya hanya di Semenanjung
sahaja.
Sebab di Sabah tiada tanda-tanda
para peniaga mahu menurunkan harga barang harga masih kekal seperti biasa yang
amat mengecewakan ada sesetengah peniaga pula memandai-mandai menaikan harga barangan daripada 50 peratus
hingga 80 peratus.
Dalam konteks ini perlu
diambil perhatian sedikit oleh pihak Kementerian berkenaan mengenai fenomena
yang melanda di Sabah tentang harga barangan tidak diseragamkan dengan harga di
Semenanjung.
Di Sabah sudah gaji kecil
tapi harga barang semakin hari kian meningkat para peniaga dengan sesuka hati menaikan
harga barang tanpa memikirkan risiko dan implikasinya semata-mata untuk mengaut keuntungan nisbah
100 peratus.
Rakyat di Sabah khususnya penduduk didaerah Sandakan
mereka bertanya-tanya adakah pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan
dan Koperasi ada membuat pemantau atau membuat serbuan mengejut ke
primes-primes gedung perniagaan bagi memastikan ada berlakunya penyelewengan
terhadap meletakan tanda harga pada setiap barangan yang dijual.
Disini saya ingin membongkar
sejajar dengan konsep portal online The Sabah Insider.Net (Membongkar Kemungkaran-Mempertahankan
Kebenaran) begitu juga slogan Sabahkini.Net (Membongkaran
Kebenaran-Mempertahankan Kejujuran) ramai peniaga restoran contoh terdekat restoran mamak sudah
mula menaikan harga minuman dan makanan sebanyak 60 peratus.
Contoh terdekat seperti roti
canai kosong akan dinaikan dari harga RM1,20 bakal menjadi harga RM2,00
sekeping, minuman sejek Milo Ping (sejuk) daripada RM2.00 bakal dinaikan hingga
RM3.50.00 seterusnya barang-barang makanan lain.
Ditanya dengan alasan ini
semuanya gara-gara GST jadi merekapun mengenakan cukai sedemikian rupa air
minuman (Drink Water) kecil sebotol harganya sekarang RM1,00 akan diataskan
RM1,60 sen sebab dikenakan cukai GST.
Apabila Menteri Perdangan
Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengumumkan bahawa 8,282 jenis
barangan akan turun harga sebanyak 70 persen hati pengguna lega sedikit ini
menjurus mengurangkan kadar implasi. Tapi
ada kah penurunan harga 70 persen itu
hanya di Semenanjung atau melibatkan seluruh Negara bakal merasai
kenikmatan harga itu.
Kita sama-sama menunggu saja keberkesanan tindakan pihak KPDNKK bagi memainkan
pernaannya untuk mengawal dan memantau harga barangan 8,282
jenis barangan yang telah diwar-warkan itu turun mendadak.
No comments:
Post a Comment