TEKS UCAPAN AHLI
PARLIMEN SANDAKAN (DAP) YB WONG TIEN FATT DI SIDANG PARLIMEN
Teks Ucapan
Pembahasan ke atas Titah Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong oleh Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong Tien Fatt: (PART 2)
KEADAAN SABAH
1.
Tuan yang dipertua, walaupun Malaysia telah
ditubuhkan sejak 52 tahun yang lalu, tetapi Sabah kini masih merupakan negeri
yang paling miskin di negara ini. Saya berasa amat dukacita kerana Sabah bukan
sahaja miskin, infrastruktur di Sabah adalah amat kebelakangan, walaupun Sabah
mempunyai sumber asli yang begitu kaya, dan tiap tiap tahun telah menyumbang banyak
sumber kepada kerajaan persekutuan, tetapi rakyat Sabah masih bertinggal di dalam
kesusahan dan penderitaan.
2.
Saya ingin mengingatkan dewan ini bahawa
tanpa Sabah, tiada Malaysia. Sabah merupakan rakan kongsi di dalam Malaysia, ia
sama taraf dengan Sarawak dan Malaya. Dalam perjanjian pertubuhan Malaysia,
Sabah diberi jaminan oleh kerajaan persekutuan untuk mendapat pembangunan yang
seimbang dengan Malaya.
3.
Tetapi jelasnya janji itu tidak ditepati dan
kita lihat baru-baru ini masih ada orang Sabah di Pitas guna kerbau menarik
satu troli kayu angkat pesakit sebagai Ambulan menghantar pesakit ke hospital
di Pekan. Mereka bukan sahaja tiada jalan yang baik, tiada bekalan air dan
elektrik, sudah 52 tahun berlalu, kenapa masih ada masalah sebegini? Katanya Malaysia
akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020, tetapi rakyat Sabah masih guna kerbau
sebagai Ambulan, ini merupakan Laughing Stock di seluruh dunia. Mana ada negara
yang kononnya Maju tetapi masih ada orang gunakan kerbau sebagai Ambulan?
4.
Walaupun kita sudah bersuara
sepanjang berpuluh-puluh tahun, tetapi kerajaan persekutuan masih tidak
mengambil perhatian terhadap kesukaran dan penderitaan orang Sabah. Ini adalah
kerana pembahagian sumber yang tidak adil dan tidak samarata antara timur dan
barat Malaysia. Walaupun sumber di Sabah kaya dan telahpun dibagi kepada
kerajaan persekutuan tiap-tiap tahun, tetapi kita masih tidak Nampak
pembangunan yang seimbang di Sabah berbanding dengan Semenanjung.
5.
Pembahagian yang tidak seimbang itu
adalah masalah sistem pentadbiran negara ini. Salah satu masalah ialah kerajaan
persekutuan mempunyai kuasa yang terlampau besar dan tertumpu, ini menyebabkan
kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa kewangan untuk menyelesaikan masalah di
Sabah. Ini telah disebut oleh Pemimpin UMNO Sabah merangkap Speaker Sabah
bahawa walaupun peruntukkan ada disedia untuk pembangunan Sabah tiap tiap
tahun, tetapi kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan bila,
bagaimana dan apa rancangan yang akan dijalankan.
6.
Saya harap agar sistem ini boleh
dibaikkan dan dipinda supaya lebih menghormati semangat persekutuan, perjanjian
Malaysia dan juga otonomi Sabah dan Sarawak. Kerana Sabah dan Sarawak bukan
negeri, mereka ialah wilayah yang sepatutnya mempunyai kuasa otonomi yang lebih
tinggi dan juga decentralisation haruslah diberi kepada dua-dua wilayah
tersebut.
ISU ELEKTRIK
7.
Tuan yang dipertua, Apabila harga
minyak antarabangsa naik, kerajaan kata nak
menaikkan tariff lektrik, pada tahun 2014, tariff elektrik SESB di Sabah dinaik
16.9 peratus manakala tariff elektrik TNB di Semenanjung dinaik hanya 14.89
peratus, apabila harga minyak antarabangsa menurun baru-baru ini, kerajaan
hanya mengumumkan penurunan sedikit 3.5 peratus di Sabah manakala penurunan di
Semenanjung adalah 5.8 peratus. Mana keadilan?
8.
Yang dipertua, saya minta Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi penjelasan, kenapa tariff elektrik di
Semenanjung menurun lebih banyak daripada tariff di Sabah sedangkan tariff di
Sabah adalah dinaik paling tinggi di seluruh negara?? Adakah orang Sabah senang
dibuli? Sudahpun orang Sabah miskin, tapi kerajaan langsung tidak prihatin ke
atas kesusahan mereka dan terus mengenakan polisi yang tidak adil antara timur
dan barat Malaysia, itu tetap tidak samarata dan tidak adil!
9.
Baru-baru ini, ada satu bukti
menunjukkan ketidaksamarataan antara timur dan barat Malaysia, capital
contribution yang dikenakan oleh SESB ke atas pemaju di Sabah adalah jauh lebih
tinggi daripada Semenanjung. Sebagai contohnya, satu unit rumah dikenakan
capital contribution sebanyak RM3300 manakala di Semenanjung hanya RM250,
perbezaan setinggi 13 kali ganda. Mengapa ini boleh berlaku? Ini jelas satu
policy yang mengeksploitasikan Sabah. Saya minta Menteri yang berasal dari
Sabah boleh memberi penjelasan.
10.
Tuan yang dipertua, saya difahamkan bahawa semua
alasan adalah berkenaan SESB mengalami kerugian. Tetapi, janganlah kita lupa
bahawa SESB merupakan anak syarikat di bawah TNB yang mempunyai 80 peratus
saham dan TNB telah mencatatkan
keuntungan yang besar, hanya dalam tahun 2014, ia telah mencatat keuntungan
sebanyak 6.1 billion ringgit, oleh itu ia seharusnya mempunyai tanggungjawab ke
atas SESB untuk membantu SESB dalam semua aspek. Di Samping itu, SESB telah
mencatatkan keuntungan sebanyak 16 million pada tahun yang lepas, jadi ia
menjadi sangat tidak munasabah kalau SESB nak mengenakan caj yang tinggi ke
atas pemaju dan pembeli rumah.
11.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa TNB ini
bukan suatu syarikat peribadi yang seperti SDN BHD biasa. Ia merupakan syarikat
yang bersifat nature monopoly dan membekalkan suatu keperluan yang paling asas
kepada semua rakyat. Ia mempunyai tanggungjawab masyarakat atau social
responsibility. Justeru saya minta Menteri mengambil isu ini dengan serius dan
mengendali isu elektrik Sabah dengan adil, janganlah terus membuli orang Sabah.
Tolonglah orang Sabah mengadakan bekalan Elektrik yang baik dan mencukupi.
ISU KABOTAJ
12.
Tuan yang dipertua, Polisi kabotaj adalah salah satu faktor yang penting menyebabkan harga barangan dan
harga bahan mentah di Sabah lebih tinggi. Saya yakin bahawa Menteri-menteri
dari Kabinet khususnya Menteri Pengangkutan sedia maklum mengenai masalah ini.
13.
Saya ingin bertanya Menteri bila polisi
tersebut akan dimansuhkan atau dipinda? Ia telahpun dijanji akan dikaji semula
oleh Timbalan Perdana Menteri dengan ditubuhkan satu jawatankuasa dalam kabinet
untuk mengkaji sama ada polisi tersebut dipinda atau dimansuhkan pada tahun
2012. Ia juga dijanji oleh Menteri Pengangkutan bahawa isu ini akan dikaji
semula. Saya ingin tahu bila janji tersebut akan ditunai memandangkan kini
harga barangan di Sabah adalah tertinggi berbanding Semenanjung, dan GST yang
akan dikenakan pun akan dibayar lebih tinggi dari Sabah. Ini memang tidak adil.
14.
Selain itu, saya juga ingin bertanya Menteri
mengenai perbezaan atau double standard terhadap muatan lori dan cukai jalan
raya di Sabah dan Semenanjung. Tuan yang dipertua, rakyat Sabah tidak dilayan
adil berbanding dengan rakyat di Semenanjung, sebagai contohnya, muatan ton
lori maximum (BDM) di Sabah hanya 38 ton, jauh berbeza jika dibandingkan dengan
muatan ton lori di Semenanjung Malaysia yang sebanyak 53 ton, tetapi cukai
jalanraya (Road Tax) untuk lori di Sabah lebih tinggi dari Semenanjung, ini
adalah amat tidak adil. Kenapa pengusaha lori ddi Sabah harus menanggung cukai
jalanraya yang lebih tinggi, dengan muatan yang lebih rendah? Ini jelas
menunjukkan dasar ini tidak adil dan membebankan pengusaha lori dan rakyat di
Sabah.
ELAUN GURU
15.
Tuan yang dipertua, saya ingin menyentuh satu
perkara yang membuktikan kerajaan persekutuan mengenakan polisi yang tidak adil
terhadap orang Sabah. Isu ini pun juga dibangkit oleh YB Kinabatangan mengenai
elaun guru yang tidak samarata antara Semenanjung dan Sabah.
16.
Saya difahamkan bahawa guru yang berasal dari
Sabah ditugaskan ke Semenanjung menerima elaun perumahan wilayah (EPW) yang
lebih rendah daripada guru yang berasal dari Semenanjung yang sedang bertugas
di Sabah. Jika ini benar, maka ia sekali lagi menunjukkan kerajaan mengenakan
polisi yang tidak adil dan samarata antara timur dan barat Malaysia dan membuktikan
kerajaan persekutuan mendiskriminasikan guru yang berasal dari Sabah. Enough is
enough, hentikan semua dasar yang tidak adil kepada orang Sabah. Saya harap isu
ini boleh diberi penjelasan.
No comments:
Post a Comment