ZAKARIA SARAN WANITA UMNO KERAP TURUN PADANG

OLEH: LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE


GAMBAR… Kelihaatan Zakaria (tengah) bersama para pewakilan-pewakilan serta tetamu lain memotong kek pada majlis perasmian mesyuarat berkelompok Pergerakan Wanita UMNO cawangan-cawangan Bahagian Libaran kelmarin.


LIBARAN:-  Golongan wanita telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraaan, kecemerlangan dan kemakmuran negara.

Kejayaan anak-anak kita hari ini, adalah asuhan wanita yang juga seorang ibu, kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Berkelompok Pegerakan Wanita UMNO cawangan-cawangan Bahagian Libaran di sini kelmarin.

“Hebatnya wanita ini dapat dilihat dari kata-kata orang dulu“Tangan yang menghayun buaian itu boleh mengoncang dunia”. Bagaimanapun kata-kata hebat itu pada hari ini semakin terserlah kerana tangan wanita yang mengundi boleh memerintah,” tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum serta Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran.

Wanita UMNO sejak diberi amanah mengalas tanggjungawab saf kepimpinan wanita giat turun padang dan saya merasa berbangga kerana jentera-jentera wanita umno terus mendekati rakyat tidak kira di masa berada.  saya bersyukur apabila melihat semangat wanita umno terus membakar di setiap pelusuk di Libaran ini, katanya lagi.




Program mendekati hati pengundi Wanita UMNO amat bertepatan kerana rangka kerja dan melaksanakan perlbagai program di bawah program “Salam Sayang”  dan program pemantapan dan pemantauan jentera jalinan rakyat, tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan kaum wanita supaya terus yakin dengan perjuangan UMNO. Sebagai ibu ,golongan wanita perlu bertanggungjawab dan memastikan anak-anak dan generasi akan datang dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Kerajaan yang dipimpin oleh presiden parti  merangkap Perdana Menteri telah melancarkan skim BR1M dan lain-lain pemberian “one off” yang cukup luar biasa, dan  insentif lain. Bajet yang telah dibentangkan sebelum ini bajet yang mengutamakan rakyat dari rakyat untuk rakyat dengan pendekatan Janji Ditepati.,” kata Zakaria.

Semua ini adalah hasil usaha dan pengorbanan para pejuang-pejuang negara. Maka itu saya menyeru agar semua yang ada di dewan ini bangkit  menyemai semangat cintakan negara sesuai dengan bulan sambutan Hari Malaysia, katanya.

Masyarakat tidak kira usia dan agama perlu bersatu dan setia kepada payung negara serta memupuk semangat cintakan negara melalui pelbagai pendekatan bersama, kata Zakaria.

Hadir bersama ialah Ketua Wanita UMNO  Bahagian Libaran yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah Datuk Armani Haji Mahiruddin dan para perwakilan dari cawangan-cawangan Wanita UMNO Bahagian Libaran.

TAMAT


No comments:

Post a Comment