OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Rakyat
seharusnya menyambut baik kepenggunaan GST yang akan berkuatkuasa pada 1hb
April ini yang bakal dilancar diseluruh Negara.
Penggunaan GST 6
persen terhadap barangan tertentu ia
bagi mengganti SST (Sales Service Tax) yang sedia diguna pakai di restoran-restoran
berkenaan.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika
merasmikan Program Kesedaran Penggunaan GST anjuran gabungan Majlis Pembangunan
Wanita dan Keluarga (MPWK) Batu Sapi, KRT , JIWITA,MIC,PBS dan kumpulan
Marhaban Sekong.
Samsudin berkata
rakyat agar tidak salah mentafsir bahawa GST akan membebankan rakyat namum
sebaliknya hanya barang-barang tertentu sahaja yang dikenakan cukai GST.
Program tersebut anjuran
Gabugan itu telah menjemput Nasib Yusof daripada Kastam dan Omar daripada
KPDNKK untuk memberi ceramah mengenai kaedah GST.
Dalam ucapan alu-aluan Ketua
Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Arsah mengucapkan kepada MIC, PBS
KRT, MPWK JUWITA dan kumpulan Maehaban
atas kerjasama bagi menjayakan
program yang julung-julung diadakan.
“Saya berharap orang ramai yang telah mengikuti
ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh pihak Kastam dan KPDNKK mengenai
kepengguaan GST agar dapat dimenfaatkan dapat difahami dengan mendalam” ujar
Rahimah.
No comments:
Post a Comment