TANAM POKOK GAHARU MENJANA EKONOMI PENDAPATAN ORANG KAMPUNG ...KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SIMBOLIK ... James (tengah) meluangkan masanya untuk menyempurnakan upacara simbolik iaitu menyuntik pokok tanaman Gaharu yang merupakan hasil tanaman pekebun-pekebun kecil ketika lawatannya di Kampung Tangkarason 



















BELURAN:- Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut, Datuk James Ratib, meminta setiap pemimpin masyarakat agar memainkan peranan dengan lebih efektif ekoran usahanya yang kini merancang pelbagai strategi untuk memastikan Sugut terkeluar dari kepompong kemiskinan.

Menurut beliau, peranan mereka membantunya merancang memandangkan banyak potensi kawasan luar bandar ini untuk membangun pesat terutama dari segi sektor ekonomi asalkan kerangka pembangunan digerakkan bersama.


Beliau berkata, usaha pertamanya dengan mempelbagaikan sumber ekonomi rakyat yang berpandukan peluang-peluang seperti mewujudkan pekan dengan membina rumah kedai sekali gus membantu penduduk setempat meningkatkan sosio ekonomi mereka.

Katanya, mana-mana penduduk khususnya pekebun kecil atau pun petani perlulah tampil bagi menjayakan matlamat itu tambahan lagi peranan mereka sebagai pemangkin kepada kemajuan Sugut selama ini.

"Saya telah pun merangka pelbagai perancangan untuk membina mahu pun menaiktaraf rumah-rumah kedai yang ada supaya penduduk kampung boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Sugut.

"Saya tidak mahu melihat kawasan Sugut yang kaya dengan pelbagai sumber ini, ketinggalan jauh daripada sektor ekonomi. Sebab itu, saya sering turun padang menjengah masyarakat sebab ingin memastikan kemajuan di kawasan ini.

"Saya yakin dan percaya, jika kita semua ini bergerak seiring ... tidak mustahil Sugut akan muncul antara kawasan luar bandar yang termaju di negara ini khususnya Sabah.

"Yang penting kerjasama kerana peranan anda sebagai pemimpin masyarakat banyak membantu seseorang pemimpin melaksanakan agenda pembangunannya.

"Seperti yang kita maklum ... lawatan kerja pada kali ini, saya telah membawa serombongan pegawai Sedcovest bagi melawat tapak pembinaan bangunan yang boleh dijadikan sebagai pusat sehenti.

"Apabila ia wujud nanti, Sugut tentu menjadi destinasi pilihan untuk dikunjungi kerana saya mengambil kira seperti Pekan Baru Botition dan Paitan umpamanya ... menjadi laluan utama kepada kenderaan," jelasnya.

James selaku Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerjanya bersama pegawai-pegawai Sedcovest ke Kampung Salan Lingkabau; Kampung Kobambangan; Kampung Talidusan dan Kampung Tangkarason baru-baru ini.

Lawatan selama dua hari itu, adalah bagi meninjau tapak pembinaan bangunan Sedcovest untuk dijadikan sebagai 'One Stop Centre' atau pusat sehenti.

Kesempatan lawatan di Tangkarason, Ketua Umno Bahagian Beluran ini menyempurnakan satu lagi upacara simbolik iaitu menyuntik pokok Gaharu yang merupakan hasil tanaman beberapa pekebun kecil.

Beliau dengan rombongan Sedcovest yang turut disertai pegawai-pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sugut turut melawat Pekan Sungai-Sungai dengan meninjau bangunan lama gerai tamu yang akan dinaiktaraf oleh Sedcovest kelak.

Rombongan juga turut singgah di Kampung Mosinggapuh yang mana Adun Sugut turut menemui penduduk kampung dengan berbual untuk mendengar permasalahan yang diutarakan.

Antaranya, masalah ketiadaan air bersih untuk kegunaan harian orang kampung akibat kemarau di mana air sungai di kampung tersebut tidak dapat digunakan untuk makan dan minum.

James juga mendengar dan menangani persoalan berkaitan masalah tanah ke atas 13 orang penduduk di Mosinggapuh bersama dengan sebuah syarikat broker tanah.

Sejurus selepas itu, serombongan telah ke Pekan Botition untuk satu lagi perjumpaan secara santai bersama dengan penduduk-penduduk di 10 buah kampung dalam ZON / Mukim Pekan Botition termasuklah penduduk Botition sendiri.

Keesokannya, James melakukan lawatan ke Kampung Lubang Buaya di Paitan bagi menangani permasalahan yang diutarakan seperti melibatkan permohonan penduduk kampung yang berkaitan keperluan asas memerlukan perhatian dan tindakan segera.





RUANG SAJAK PUTERI HUTAN

KARYA:   KEMBARA MUDA

PUTERI HUTAN













Di atas pohon
Tempatmu bergayut
Dengan baju labuhmu
Berwarna hijau semarak
Di pangkuanmu seekor merak
Yang menjadi teman setiamu
Di seluruh belantara mengenalimu
Dan menghormatimu Puteri
Bersimpati dengan rintihan batinmu
Atas cintamu yang hilang
Lantaran sekeping potret geisha
Bergincu merah
Yang pernah berbicara hingga pagi
Dan berangkat sebelum fajar
Apakah bicaranya
Kau simpan
Dalam lipatan gaun labuhmu
Lepas itu
Kau menari ilai
Bersama merakmu
Di bawah pohon
Dengan baju labuhmu yang gerbang
Lantas kau nyanyikan
Lagu cintamu
Yang meninggalkanmu
Di antara dua gunung
Dari dua perbatasan Negara
Baju pembungkus tubuhmu
Menangkapkan rasa rindumu
Dan ilaianmu bersama merakmu
Yang pernah kita tarikan bersama
Besok apa pulangkah Puteri
Ka huma di pondok santrin
Tempat kita menikah batin
Dengan pengakuan
Kau terima nikahku
Dengan hantaran kasih
Nikahnya dosa
Lewat senja kau mencari
Kekasih mayamu
Untuk melengkapkan dongeng
Sudah tidak tergapai 
Cinta semakin hancur
Mencari suatu penyatuan
Apakah bakal di ketemukan
Di akhir akhir sujud.
KEMBARA MUDA
Taman Perwira
310315 12.35 pagi


PROJEK IMPIAN SABAH CAPAI SASARAN BANTU RAKYAT DILUAR BANDAR YANG KETINGGALAN DALAM PEMBANGUNAN .. ASAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
PITAS:-  Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya parti pembangkang di Sabah yang tidak mendapat apa-apa peruntukan  daripada mana-mana pihak untuk membantu rakyat dan penduduk di kawasan pedalaman yang terpencil namun hasrat dan cita-cita untuk membatu penduduk yang telah tersisih daripada mendapatkan  kemudahan asas dan  sebagainya telah terlaksanak juga akhirnya.

Ini jelas Projek Impian Sabah di bawah kelolahan  DAP Sabah telah berjaya dan mampu memberikan sedikit projek asas seperti  Jalan Raya melalui pembinaan secara gontong royong besar-besaran yang membabitkan ahli-ahli DAP seluruh Sabah dan juga kerjasama intim daripada penduduk setempat.

Terdapat beberapa buah kampong yang telah terlibat dalam mendapat kemudahan daripada  DAP melalui Projek Impian Sabah ialah Kampung Pitas, Kampung Dowokon, Kampung Perupok, Kampung Nibang  Kampung Mandamai Salah Ubah.


Semua penduduk yang tinggal di Kampung-Kampung yang disebutkan ini  100 peratus rata-rata anak jati Sabah yang berketurunan Dusun, Kadazan dan Murud tapi amat menyedihkan sekali mereka masih  dahagakan dan ketinggalan dalam menikmati projek  pembagunan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dari dahulu lagi sehingga kini.

Ketika dihubungi oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider.Net Puan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang juga Pegawai Khas II kepada Ahli Parlimen Sandakan (DAP) yang turut menyertai misi Projek Impian Sabah ke berapa buah kampong di pedalaman memberitahu tujuan DAP mengadakan misi projek impian Sabah adalah khusus membantu rakyat diluar Bandar yang telah terpinggir dalam menikmati arus perdana pembangunan asas seperti jalan raya, jambatan dan bekalam air bersih.



“Walaupun kami dipihak pembangkang tapi kami amat rasa simpati terhadap nasib mereka jadi kami membantu untuk membuat semua itu atas kemampuan kami saja”



“Saya bagi pihak DAP Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk berkenaan kerana memberikan kerjasama yang lebih komited dalam mengadakan gotong royong itu dan semoga telah terbinanya jalan raya, jambatan dan bekalan air bersih dapatlah dimenfaatkan sepenuhnya” ujar Zubadah.

GAMBAR BEROMEN ITU GAMBAR LAMA' - EMMA MAEMBONG BUAT PENJELASAN


OLEH: WAN  SALMAH  WAN DZULKIFLIE


PETALING JAYA:- Setelah dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini. 

Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.

Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 24, dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.
 
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 19  tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”


Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.

Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”

 
Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”

Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.

Kata Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.


Katanya lagi kalau setakat cium atau kucupam dibibir itu perkara biasa namanya orang beromen ramas meramas itu perkara biasa tapi tak sampai keterlanjuran itu kena jaga.


KERETA DOUBLE CAP VICO BERLANGGAR DENGAN SINGLE CAP DI BATU 32 JALAN LABUK


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SRI EJA

SANDAKAN:- Satu kemalangan telah berlaku di hadapan station minyak Petronas Batu 32 Jalan Labuk  yang membabit dua kenderaan Single Cap  denga Double Cap Vigo petang tadi.


Menurut sumber kereta single cap yang dipandu oleh  Ranjis Ismail tiba-tiba dilanggar olel kereta vigo kemudian terbalik atas tepi jalan berkenaan.


Dalam kemalangan tersebut   semuanya selamat tiada berlakunya perkara yang buruk  hanya tangan dan dada Ranjis mengalami sakit sedikit.


Menang tidak dinafikan jalan raya yang menuju keatas bukit dihadapan station minyak Petronas itu sering kali berlakunya kemalangan yang agak mengerikan.


Walau bagaimanapun para memandu agar lebih berwaspada dan berhati-hati ketika mengguna jalan raya itu dan bukannya tempat berlumba-lumba siapa mahu cepat, kata orang malang tidak berbau.

ORANG BIJAK=BIJAK SAJA SERTAI PAKATAN RAKYAT ....KATA TUN MAHATHIR?


CETUSAN MINDA DARIPADA
NURLIAYA ABDULLAH


KERAJAAN ZALIM??

TUN DR MAHATHIR pernah berkata ramai orang bijak sertai parti dalam PAKATAN sementara yang bangang sertai di UMNO dan itu sebab kepimpian UMNO semakin bobrok dan kesannya Negara dalam bahaya.

Najib yang memerintah Malaysia dinasihati oleh bininya dan akhirnya dia suka2 guna duit rakyat dan beli jet lagi meski sudah ada 6 buah jet yang masih boleh digunakan.

Bukan saja itu kes 1MDB yang jumlah 40 bilion kesan jaminan kerajaan, disalurkan wangnya ke negara luar dan kemudian putar hingga akhirnya dimasukkan ke bank di singapura atas nama JOLO dan Jolo pula ada kaitan dengan anak tiri Najib yang berjaya bikin fillem ala porno di barat dengan belanja sekitar RM600 juta dan dari mana wang itu didapatkan?

Rafizi antara YB yang paling lantang mengkritik kasus ini dan banyak sangat mendedahkan kejahatan Najib termasuk Rosma dan itu tidak menyenangkan Najib dan sejak kebelakangan ini dia diamanahkan satukan semula Pas dan DAP dan kelihatannya dia taget utama ditangkap.

Memangpun dia ditangkap dan ketika ditangkap dia seolah seperti pencuri, perampok berjalan tanpa sepatu dan kemudian setelah bermalam di lokap, lalu dia diheret ke pejabatnya dan kemudian pintu pejabatnya dipecah untuk polis untuk mendapatkan maklumat. kelihatan semacam binatang dilakukan.

Entah apalah lagi yang mahu dicari oleh polis seolah rafizi ini seperti haiwan anjing atau seperti pembunuh, perompak yang cukup bahaya sedang SIRUL tidak pula dilakukan demikian dan KHIR TOYOL yang bina istana sendiri 27 juta dan banyak kes rasuah ketika duduki kerusi Menteri Besar Selangor dan pernah kerja di sabah tidak pula dilakukan demikian, malah bebas macam burung terbang dan ketawa terbahak2 dalam istananya kesan makan wang rakyat hingga perut boroi menunggu pecah.
Kerajaan apakah ini?

Memang bercakap benar tetap kena tangkap dan macam mejar zaidi bercakap benar hal dakwat tak kekal terus dibicarakan dilepas kerja meski sudah bertahun-tahun berkhidmat untuk negara dengan cemarlang.

Anwar memang sudah kita kenal sejak mahathir duduki kerusi PM dan oleh sebab Anwar tiada kes rasuah meski duduki menteri kewangan 9 tahun dan sempat memangku kerusi perdana menteri terus dicari cipta untuk memenjarakannya dan akhirnya DNA yang didapatkan di botol minuman dan tuala ketika dalam penjara dikutip konon dijadikan contoh DNA dari dubur saiful kes liwat. begitu mudah mencipta bukti dan akhirnya terpenjara sedang 3 doktor yang memeriksa dubur saiful menyatakan tiada benda keras masuk ke dubur.

Kes altantuya pula kemasukannya ke Malaysia hilang datanya di jabatan imigresen makna ia boleh terbang sendiri dan pembunuh altantuya memang tak kenal altantuya dan kenapa dia membunuh dengan bom C4 dan bom c4 boleh dikeluarkan mesti ada kelulusan menteri pertahanan dan siapa menteri pertahanan ketika itu? sesiapa boleh menjelaskan?

Memang sirul membunuh, tetapi untuk apa sirul membunuh sedang dia tak kenalpun siapa altantuya dan menurut kenyataan sirul ada yang mengarahkannya dan siapa yang mengarahkan itu?
Kita semua mahu tahu tetapi awas kamu sebab rakyat tak dibenar buka mulut dan kalau buku mulut siapa terkena AKTA HASUTAN dan boleh ditangkap dan boleh dipenjarakan dan nampaknya semula kita ingat sejarah Hang Nadim hal singapura dilanggar todak yang ketika itu raja tak mahu rakyatnya bijak2 dan sesiapa yang bijak pasti akan dibunuh.

Kesudahannya jelas hanya orang bangang masuk UMNO dan yang bijak sertai pakatan tetapi bersuara saja tetap masuk penjara kena pukul perut, mata hingga lebam dan ditendang terjang. inilah malaysia kita sebenarnya.

Bolehlah saya katakan kerajaan Najib ini samalah maksudnya macam kerajaan BERUK yang asyik kayakan anak bini, kroni, adik2 ipar dan kerabat suku sakat.

itulah hakikatnya dan kitapun sama dijadikan beruk2 di hutan
NURLIYANA ABDULLAH
29/3/2015
9:11pm8

PENETAPAN KADAR ELEKTRIK TIDAK BERGANTUNG SATU HARGA BAHAN BAKAR....JELAS LINDA

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN: Penetapan kadar tarif elektrik tidak hanya bergantung kepada harga satu bahan bakar di pasaran semata-mata malah turut  dipengaruhi oleh dua faktor lain iaitu campuran bahan bakar yang digunakan dengan izin dan kos-kos yang terlibat dalam penjanaan elektrik.

Kerajaan sedia maklum bahawa harga minyak mentah dunia telah berlaku penurunan bermula pertengahan bulan Jun 2014. Namun begitu, penurunan ini tidak memberi kesan yang ketara kepada tarif elektrik kerana bahan bakar minyak hanya menyumbang 1% daripada keseluruhan campuran bahan bakar.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin semasa persidangan Dewan Rakyat berhubung usaha-usaha untuk mengurangkan tarif elektrik akibat daripada penurunan harga minyak mentah dan gas asli cecair.

Dalam hal ini, campuran bahan bakar dan kos penjanaan telah digunapakai dalam menetapkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia berdasarkan pendekatan Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) dengan izin.

Dibawah pendekatan IBR, terdapat mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) , dengan izin, dimana sebarang pengurangan atau peningkatan kos bahan api dan lain-lain kos penjanaan bekalan elektrik akan dilepaskan kepada pengguna melalui semakan setiap 6 bulan.

Mekanisme ICPT masih belum diimplementasikan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Namun demikian, selaras dengan penurunan harga minyak mentah dunia, terdapat penjimatan dalam perbelanjaan bagi bahan api.

Untuk mengurangkan beban rakyat, pihak Kerajaan telah bersetuju agar purata kadar tarif 34.52 sen/kWj diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Pengurangan bil elektrik menerusi semakan ICPT di Semenanjung Malaysia dan pengurangan purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, telah membuktikan ketelusan Kerajaan dalam memastikan bekalan elektrik dapat dinikmati oleh rakyat berdasarkan kos sebenar.

Komitmen ini membuktikan Kerajaan amat prihatin untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat.


SESIAPA YANG MEMEGANG IC H.035XXXX DAN H.050XXXX AKAN MENERIMA PADAH DAN BAKAL DATANG BALA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TAWAU:- Cadangan Pihak Jabatan Pendaftaran negara Cawangan Sabah menerusi Pengarahnya iaitu Encik Ismail untuk meminta agar semua Kad Pengenalan yang bernombor H03 dan H05 wajib dikembalikan dan diselediki kesahihannya oleh pihak JPN adalah sangat wajar dan tepat pada masanya.


Menurut Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan, Dato'Dr Mohd Jeffry Rosman, ianya sememangnya sudah patut dilaksanakan bukan sekarang tapi sejak pemnerintahan PBS lagi kerana mereka (Pemimpin PBS) yang amat lantang dan berani dalam bersuara untuk membongkar segala kebenaran dari segala kebathilan yang sudah sekian lama wujud di Negeri Sabah ini.

Menurut Jeffry lagi, sekiranya ianya mahu disiasat atau diambil semula semua Kad Pengenalan itu, sistem atau rekod semasa JPN haruslah juga menunjukkan satu sistem yang telus dan boleh diterima pakai dan bagaimana pula penyampaian secara kelangsungan kepada masyarakat Sabah dan amnya Malaysia terhadap tindakan oleh pihak JPN di atas perlaksanaan ini nanti? bagi saya JPN Sabah wajib membuat satu Blue Print tewrlebih dahulu dan juga kenyataan secara iklan kepada rakyat Sabah secara notis terbuka barulah saya nampak tindakan ini benar benar telus.

Secara amnya, MYKAD di Sabah ini bagai boleh dijual beli kerana kejadian penjualan sebanyak RM 8000 untuk mendapatkannya memang sudah tersebar luas cerita ini dan ianya juga dilihat sebagai serius kerana menurut sumber , ada orang dalam yang terlibat walau masih tidak diketahui siapa sebenarnya yang menjadi dalang. Jika benar bagai dikata, maka pihak KDN sewajibnya mengambil tindakan buang negeri kepada mana mana kakitangan JPN yang telah diamanahkan untuk menjadi tiang negara menerusi pemberian taraf kewearganegaraan secara mudah kepada orang yang tidak layak mendapatnya. 

Ironinya, saya amat kesal kerana Sabah menjadi satu port atau HUB bagi pengeluaran IC yang mana seringkali disebut IC projek walhal ianya bukan projek tetapi berekod di dalam sistem JPN.  

“Saya mendapat banyak aduan dari rakyat marhaen yang kekurangan dokumen dan orang  ini adalah peribumi sabah namun pihak JPN persulitkan dan terlalu berkronisme di dalam membantu mengatasi masalah ini. Sejajar dengan ini jeffry menggesa agar pihak Kerajaan negeri sabah menerusi semua pusat UPPM DUN membuat program JELAJAH ANAK PRIBUMI bagi mengenal pasti dan membantu rakyat Sabah yang menjadi pelarian di bumi lekahiran sendiri.


Demikian lah satu temuramah secara ekslusif yang dibuat oleh wartawan kanan Sabahkini@sabah insider iaitu Shaimon S Jumadi kelmarin ketika diminta mengulas kenyataan mengenai Kad Pengenalan.

 
Kata Jeffry lagi sesiapa yang memagang kad pengenalan bernombor H.035XXXX dan H.050XXXX supaya bersiap sedia kemungkin mereka yang terbabit memegang kad pengenalan jenis itu akan menerima padahnya  akan disoal siasat oleh pihak kerjaaan dari mana kamu boleh dapat kad pengenalan sedemikian rupa.


“Segala bangsa Pakistan 90 peratus yang tinggal di Sabah ramai yang mempunyai mykad  kelahiran di Tambunan, Keningau, Ranau, Tamparuli, Beluran, Kinabatangan, Kundasang dan juga Papar sehingga mereka dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mahu bukti saya tunjukkan gambar seorang Pakistan mendaftar BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)” Ujarnya.


 

AJK KRT APARTMENT INDAH JAYA-AJK MUSLIMAH MASJID NURUSYAKIRIN TMN INDAH JAYA BUAT LAWATAN AMAL

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ROHANY M J


Gambar Album:- AJK KRT Apartment Indah Jaya bersama AJK Muslimah Masjid Nurusyakirn Taman Indah Jaya dan anak-anak Yatim sewaktu lawatan amal.

SANDAKAN:- Lawatan amal kerumah anak-anak Yatim Selawat Nabi Taman Sejati Ujana  yang dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Apartment Indah Jaya bersama Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Nurusyakirin Taman Indah Jaya yang dilangsungkan  pagi tadi betul-betul membawa berkat yang diredhai Allah.

Lawatan seumpama ini harus dilakukan olehj mana-mana badan NGO atau  badan-badan  pertubuhan tajaan kerajaan kerumah anak-anak yatim untuk meninjau lebih dekat lagi agar setiap masalah yang mereka hadapi dapati diatasi untuk ditangani.


Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Sapiah Abdul Rahim memberitahu selain tujuan lawatan amal itu untuk mendekati golongan  anak-anak yatim sambil memberikan sedikit bantuan ia juga dapat menggembirakan kepada anak-anak yatim yang tidak punya  ayah dan ibu.

 
“Kita sebagai manusia yang sempurna tidak meminggirkan golongan ini kerana mereka tidak pernah   meminta semua ini apa buat boleh ini semuanya sudah suratan takdir yang menentukan menimpa kepada anak-anak yatin” ujarnya.



Kata Sapiah lawatan amal ini tidak hanya sampai disini saja  sebagai pertubuhan tajaan kerajaan khurusnya KRT akan lebih memainkan peranan penting  ke arah membuat kerja-kerja amal untuk membantu sedikit sebanyak terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam pelbagai aspek.

PERWANI DITUBUHKAN UNTUK SATUKAN WANITA-WANITA KOMPONEN BN...KATA SALEENA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

ALBUM... Saleena bergambar dengan ahli-ahli Wanita PBS di program PERWANI




SANDAKAN:- Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat mengadakan program PERWANI atas nama Salam Bersatu yang diketuai sendiri oleh Ketua Wanita PBS Bahagian Tg Papat Puan Saleena Titi dikediamannya di Taman Sejati Saujana Jalan Airport dekat sini pagi tadi.

Kata Saleena PERWANI ditubuhkan dibawah tajaan Wanita UMNO Sandakan bertujuan untuk menyatupadukan wanita-wanita dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan UMNO,LDP.UPKO.PBS.MCA.MIC dan PBRS.


Program hari ini kata Saleena adalah untuk  belajar membuat kuih muih  dan lain-lain juadah di kalangan para ibu.
  

“Setiap program anjuran PERWANI  yang dijalankan mereka telah mendapatkan gamjaran   atau imbuhan sebanyak RM500.00 akan dibayar selepas program itu selesai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan” ujarnya.

50,000 KAKITANAGAN KERAJAAN BAKAL JADI GEMBEL KERANA AKAN BERHENTIKAN




OLEH: KARUNARAN A/L MUTHU SAMMY




OMAR.....50,000 kakitangan kerajaan akan jadi gembel jika diberhentikan jika perkara ini  jadi kenyataan atas tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)



PETALING JAYA:- Jika benar keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman (gambar)  yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.


Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.

"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau.

Kata sumber itu lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menghadapi masalah besar jika pemberhentian 50,000 kakitangan awam jadi kenyataan pada pilihanraya umum 14 9PRU-14) ini nanti.

“Sudahlah kerajaan mewujudkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak disenangi oleh 80 peratus penduduk Malaysia  ini pula akan bertindak  memberhentikan 50 ribu kakitangan awam di mana letaknya dasar kepimpinan kerajajan BN yang selama ini diagung-agungkan  oleh bangsa Melayu yang jadi mangsa pembuangan kerja di JPA adalah juga orang-orang Melayu sendiri jadi mangsa penderitaan” Kata Omar lagi.


Olga Syahputra Kembali Masuk Rumah Sakit Kini Telah Meninggal Dunia





OLEH: SAPURA ISMAIL



 
SINGAPURA:-  Kabar yang tak kalah mengejutkan juga datang dari salah seorang selebriti multi talenta tanah air, Olga Syahputra. Presenter yang juga merupakan salah seorang komedian tanah air, Olga dikabarkan kembali harus mendapat perawatan khusus dari tim dokter, setelah kembali jatuh sakit beberapa waktu yang lalu.


Olga sendiri sebenarnya memang sudah diperingati oleh tim dokter agar tidak memaksakan diri untuk bekerja.

 Bahkan, tim dokter pun sudah memperingati jika penyakit yang ia derita pun akan bertambah parah jika ia tetap memaksakan diri.
 

 Seperti yang kita ketahui, beberapa waktu yang lalu Olga memang sempat menderita sebuah penyakit misterius pada bagian lehernya, namun ia pun tetap memaksakan diri untuk keluar dari rumah sakit dan menjalani pengobatan alternatif.


Olga Syahputra yang merupakan seorang komedian sekaligus presenter kembali harus mendapat perawatan yang serius di salah satu rumah sakit di Jakarta baru-baru ini. Kabar tersebut, pun dibenarkan oleh salah seorang sahabat Olga, Denny ‘Cagur’.

Menurut sepengetahuannya Olga saat ini memang kembali sakit, namun ia sendiri pun belum dapat memastikan penyakit apa yang diderita oleh Olga.


 Bahkan, menurutnya ia terakhir kali bertemu pada saat ajang penghargaan untuk insane musik tanah air. Hal tersebut, pun dibenarkan oleh adik kandung Olga, Billy Syahputra yang juga merupakan presenter sekaligus komedian. Menurutnya, saat ini sang kakak tengah terbaring lemas di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta.

Namun, hingga saat ini ia pun mengatakan bahwa dirinya juga belum dapat mengetahui secara pasti terkait penyakit apa yang di derita Olga. Sepengetahuannya, sebelum dilarikan ke rumah sakit Olga, memang mengalami demam tinggi, mual dan muntah-muntah.

Lebih lanjut, Billy pun mengatakan bahwa jika saat ini kondisi kakaknya tersebut, pun sudah mulai berangsur-angsur pulih, namun hingga saat ini meski kondisi kakaknya sudah mulai membaik, Olga pun masih terlihat lemas. Bahkan, menurutnya hingga saat ini sang kakak pun belum dapat berkomunikasi dengan baik.


Kini Oliga telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat lalu marilah kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleha…AMIN


CADANGAN JPN SABAH NAK TARIK BALIK KAD PENGENALAN H.032XXXX H.042XXXX DAN H.053XXXX DISAMBUT BAIK

ULASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI


CADANGAN pihak Jabatan Pendftaran Negara (JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik balik atau mengeluarkan semula Kad Pengenal dinegeri ini kepada orang-orang tertentu amat dialu-alukan.


Jika menjadi reality cadangan  itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti yang diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Ismail Ahmad ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX  mereka harus menyerahkan IC berkenaan kepada JPN sebab menurut sumbar-sumber yang boleh dipercayai nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada dalam rekod JPN.
 
Namun dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN tetapi mereka telah layak menjadi mengundi dan disamping mereka mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan itu saja ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian mereka dapat lesen kontrak (kecuali lesen PUKONSA) sebab sesiapa saja yang ingin memohon mendapatkan lesen PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru layak memohon.


Lain-lain kemudahan seperti mendapatkan loan bank. Permit teksi,permit bas lesen perniagaan mereka tak kisah IC sedemikian rupa boleh diguna pakai untuk mendapatkan semua kemudahan .


Akan  tetapi kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu  kalau mereka hendak membuat pinjaman di MARA mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak walaupun mereka mempunyai mykad tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC lama antara H030XXXX H.042XXXX dan H.053XXXX  mereka tidak akan dilayan kecuali mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu di lahirkan di Sandakan sebagai contoh.



Apapun kita  kena tungguh kesudahannya sama ada cadangan ini memang bakal menjadi kenyataan atau sebgaliknya dan semoga apa yang telah dicadangankan dan yang diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu mendapat sokongan padu dari rakyat Sabah khususnya yang di lahirkan di negeri ini.

Berikut petikan kenyataan di media portal Ismail Ahmah mengenai isu berkenaan seperti di bawah ini

JPN Sabah Sedia TARIK BALIK atau KELUARKAN SEMULA IC satu Petanda Baik

Kenyataan JPN Sabah bahawa jabatan itu mempunyai sumber termasuk tenaga kerja sekiranya kerajaan tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini. Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata, bagaimanapun buat masa ini belum ada yang diputuskan, namun jika perlu, pihaknya bersedia untuk melaksanakannya.
Kesediaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini adalah petanda baik dalam menangani masalah kad pengenalan yang diperoleh secara meragukan.
Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Nailin Gabintal berharap langkah itu dapat memastikan hanya orang tempatan yang tulen sahaja diberikan kad pengenalan.
“Sebelum ini kita sering membaca berita dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan sebagainya.
“Selain itu ramai juga yang memperkatakan bahawa ada PATI yang memperolehi kad pengenalan secara meragukan.
“Oleh itu Pekadin berpendapat, melalui penarikan balik kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad pengenalan baru, kad pengenalan yang diperolehi secara tidak sah dapat dibentaras,” katanya adlam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Nailin berkata, langkah itu juga tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat Sabah ekoran pengumuman hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru- baru ini yang mengatakan dengan jelas terdapat keberangkalian projek IC wujud di Sabah.
Oleh itu katanya, penarikan balik dan pengeluaran semula kad pengenalan di negeri ini merupakan satu pilihan terbaik untuk menangani masalah itu.
“Selain itu kita juga dapat memastikan bahawa tidak ada PATI yang memperolehi kad pengenalan mendapat peluang untuk menyertai pilihanraya di negeri ini sama ada ada di peringkat negeri atau persekutuan.
“Kita tidak mahu ada penglibatan orang luar yang menentukan barisan kepimpinan negara akan datang atau penglibatan membentuk kerajaan di negara ini,” katanya.
Nailin berkata langkah ini juga dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.
“Isu kehadiran PATI di negeri ini yang terlalu ramai sudah berlarutan sekian lama dan kini sudah tiba masanya kerajaan melakukan lonjakan pradigma untuk menyelesaikannya secara lebih berkesan,” katanya. Posted By: SUARASABAHon: March 23, 2015