OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO
DAVID ONG
ELOPURA: Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Elopura Datuk Au Kam Wah memberi jaminan bahawa penduduk
perumahan LPPB dan Sri Taman di kilometer 6.9 Jalan Utara akan mendapat
kemudahan rekreasi moden kini projek pembinaannya sedang berjalan lancar berhampiran dengan
kawawan perumahan tersebut.
Au berkata demikian kepada media sejurus selepas dalam rangka
lawatan ketapak projek tersebut bersama
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (MMP) sambil diiringi Pengerusi Jawatankuasa
Kemasyarakat Dalam Bandar (JKDB) Datuk Haji Alipudin KK Puyon dan Pengerusi
Rukun Tetangga Sri Taman Hussien Sukan kelmarin.
Selanjutnya beliau juga
memberitahu bahawa projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Malaysia ini dilaksanakan bawah rancangan Jabatan Landskap
Negara bagi membina sebuah taman dengan kemudahan – kemudahan rekreasi dan
landskap supaya menggalakkan penduduk berdekatan
untuk bersenaman dan riadah.
Katanya Taman rekreasi
baru ini mempunyai sebuah padang bola sepak luar, dan juga sebuah
taman permainan bagi kanak – kanak yang lebih luas, di mana lantai bagi kawasan tersebut
akan diliputi dengan pad getah bagi menjaminkan keselamaan.
“Di samping itu, terdapat juga
plaza riadah dan kecergasan dengan kemudahan beberapa peralatan kecergasan,
menawarkan lokasi yang sesuai dan selamat kepada penduduk untuk menjalankan
aktiviti kesihatan yang mudah.
Bangku – bangku batu dan laluan pejalan kaki
simen juga akan dibinakan di sekeliling taman serta untuk mewujudkan persekitaran
yang hijau dan nyaman, pihak berkuasa juga akan menanam pokok di sekitarnya.:
Ujarnya
Tambahnya walaupun projek
pembinaan baru sahaja dilancarkan, namun keseluruhan projek ini dijangka akan
siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini dan akan terbuka kepada orang ramai selepas
penyiapan.
Sementara Pengerusi JKDB Sri
Taman dan Pengerusi Rukun Tetangga Sri Taman disaran supaya
mewujudkan program mengajar penduduk tempatan dan kanak – kanak tentang
penggunaan dan penjagaan harta awam supaya mengelakkan berlakunya
vendalisme kemudahan taman tersebut kerana pernah
kemudahan yang baru dipasang telah dirosakkan sepenuhnya
dalam masa 1 minggu sehingga orang lain tidak dapat menggunakannya.
Au memandang serius terhadap isu – isu penyelenggaraan dan
pengurusan kemudahan taman rekreasi dan berharap penduduk
tempatan supaya menghargai dan memelihara harta benda awam yang disediakan
khususnya kemudahan yang direka cipta, kerana apabila peralatan ini
dirosakkan ia amat sukar diperbaiki.
Au berkata lagi bahawa Perumahan LPPB adalah kawasan
Elopura pertama mempunyai taman rekreasi moden, halatuju pembangunan
seterusnya pada tahun hadapan akan memberi tumpuan lebih
dalam menaiktaraf kemudahan di taman – taman rekreasi di sekitar kawasan
Elopura bagi tujuan menggalak dan memupuk tabiat bersenam
dan tempat riadah yang lebih selesa untuk penduduk setempat.
Kesimpulannya, beliau
turut harap selepas penyiapan Taman Elopura Ujana di bekas tapak
terminal bas ekspress, Batu 2 ½ yang dibiayai oleh Kerajaan boleh meningkatkan
kesedaran senaman dan kesihatan di Sandakan dalam usahanya untuk mewujudkan
masyarakat yang cergas dan sihat.
No comments:
Post a Comment